Netflix telah memaklumkan untuk menaikkan harga untuk semua pelan langganan pada hari ini. Untuk pasaran Amerika Syarikat, pelan utama netflix akan dinaikkan kepada AS$15.50 sebulan dari AS$14.
Manakala pelan 4K akan dinaikkan kepada $20 sebulan dari AS$18. Pelan asas, yang tidak termasuk HD, juga dinaikkan kepada AS$10 sebulan dari AS$9. Harga pelan turut dinaikkan di Kanada juga.
Kenaikan harga berkuat kuasa serta-merta untuk pelanggan baharu. Bagi pelanggan sedia ada, perubahan akan dilancarkan “secara beransur-ansur,” dengan Netflix berjanji untuk menghantar e-mel kepada ahli 30 hari sebelum kenaikan harga berkuat kuasa.
Harga untuk pelan Netflix telah meningkat secara berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pelan utama menjadi $14 sebulan daripada AS$13 pada akhir 2020, selepas sebelum ini meningkat kepada AS$13 daripada AS$11 pada 2019.
Sebelum ini, Netflix menaikkan harga pelan langganan pada tahun 2017 dan 2015. Apabila Netflix mengumumkan kenaikan harga skala luas pertamanya pada 2014, syarikat itu sangat bimbang kehilangan pelanggan dengan kenaikan AS$1 dan mengekalkan harga pelan langganan mereka selama dua tahun pada 2015 dan 2016.
The post Pelan Langganan Netflix Dinaikkan Harga appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment