Pelakon dan model kacak, Zul Ariffin yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2008 dalam siri drama Awan Dania.
Kemudiannya, beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011.
Beliau juga membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.
Baru-baru ini, Zul Ariffin telah mengundang rasa kurang senang peminat apabila dilihat bersentuhan dengan seorang wanita bertudung dalam iklan bengkung edisi istimewanya.
Menerusi video berdurasi satu minit dan 35 saat yang dimuatnaik ke instagramnya itu, pelakon filem Sangkar ini menunjukkan aksi romantis seperti berpelukan mesra, berpegangan tangan dan mendukung wanita itu.
Dapat dilihat di ruangan komen, peminat merasakan perkara itu tidak manis untuk tontonan umum memandangkan wanita di dalam video bertudung.
Peminat turut merasakan iklan tersebut tidaklah bersesuaian dengan standard Zul Ariffin sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31.
Tambahan pula sebelum ini, Zul dilihat mendekatkan diri dengan agama apabila menyertai kerja-kerja kebajikan bersama krew Ebit Lew.
Zul Ariffin bagaimanapun tidak mahu menyifatkan perkara tersebut sebagai satu hijrah yang tergesa-gesa dan hanyalah ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.
The post Peminat Kecewa Dengan Zul Ariffin Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment