loading...

Thursday, 6 January 2022

Si Ayah Terkejut Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Anak ‘Shopping’ Dalam Genshin Impact

Bermain permainan video samada di PC, konsol mahupun telefon pintar adalah sangat menyeronokkan, tetapi harus waspada.

Ada 2 jenis permainan video buat ketika ini. Ada permainan video yang memerlukan anda untuk membayarnya terlebih dahulu dan ada permainan video yang boleh dimainkan secara percuma tetapi akan menawarkan pembelian dalam permainan. (in game purchase)

Barangan yang ditawarkan juga tidak biasa, ada permainan yang menawarkan karakter-karakter tersendiri, barangan rare dan ada yang menawarkan diamond/gem yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Apa yang pasti, semua tawaran menarik sehingga boleh membuatkan pemain permainan video tidak senang duduk.

Semua ini jika tidak dikawal boleh membuatkan pemain hanyut membelanjakan wang yang banyak tanpa mereka sedari.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura bimbang apabila dia mendapat panggilan daripada bank memberitahu dia mempunyai hutang kad kredit tertunggak melebihi SG$20,000 (RM61,000).

Mengesyaki dia telah menjadi mangsa penipuan dalam talian, bank itu kemudian menjelaskan kepada Lim Cheng Mong bahawa ia adalah sah kerana terdapat 89 jumlah transaksi yang telah dibuat menggunakan kad kreditnya.

Selepas menyiasat kesemua 89 transaksi, dia mula menyedari bahawa semua pembayaran dibuat melalui akaun e-dompet grab anak perempuannya.

Foto: Genshin Impact

Difahamkan, akaun e-dompet remaja perempuan berusia 18 tahun itu disambungkan dengan kad kreditnya bagi memudahkan urusan pengangkutan anaknya itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka anaknya menyalahgunakan akaun tersebut untuk membeli-belah dalam akaun permainan Genshin Impact miliknya dari Ogos hingga Oktober tahun yang lalu.

Foto: Genshin Impact

Berserah dengan apa yang berlaku, dia bagaimanapun menasihati anak perempuannya supaya lebih berhati-hati kerana wang yang dibelanjakan untuk Genshin Impact itu bukanlah sedikit.

Jumlah ini sahaja sudah memadai untuk menampung perbelanjaan pengajiannya di luar negara.

“Sejumlah besar wang telah dibelanjakan dalam sekelip mata,” katanya lagi.

Genshin Impact, yang dibangunkan oleh studio China yang terkenal, miHoYo adalah sebuah permainan berkonsepkan permainan role-playing game (RPG) di mana pemain akan merantau ke dunia fantasi yang dipanggil sebagai Tevyat dalam permainan Genshin Impact ini.

The post Si Ayah Terkejut Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Anak ‘Shopping’ Dalam Genshin Impact appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...