loading...

Wednesday, 12 January 2022

Sengkenit Bergayut di Mata Anak, Nasiblah Petua Diguna Ibu Menjadi

Sebelum ini, pernah tular di media sosial kisah seorang gadis yang menahan kesakitan akibat serangga kecil, sengkenit ‘berumah’ di telinganya.

Kali ini, perkara seperti itu menimpa seorang lagi kanak-kanak. Perbezaannya, kanak-kanak ini menjadi mangsa gigitan di mata kirinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noramanina Mohd Zulkifli berkata semuanya bermula apabila dia perasan mata anak lelakinya yang berusia enam tahun itu berair.

“Tapi saya langsung tak nampak apa-apa yang aneh. Anak saya, Aqil, pun tak beritahu bahagian matanya berasa sakit atau tak selesa.

“Ketika saya keluar ke klinik sebentar menghantar datuknya dapatkan rawatan asma, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada adik. Dia kata pada mata Aqil ada benda hitam.

“Selepas pulang ke rumah, saya belek mata Aqil. Rupa-rupanya ada seekor sengkenit atau kami di sini panggil ‘pirah’. Haiwan tu dah kenyang melekat di matanya. Memang kena ‘kelepet’ matanya sikit, baru nampak. Tak tahulah dah berapa lama sengkenit tu bergayut di mata Aqil,” kata ibu muda berusia 25 tahun ini.

Menggunakan petua yang pernah didengarinya, Noramanina segera menyapu mata kiri anaknya dengan air tembakau dalam usaha membuatkan serangga itu ‘jatuh’.

“Bagaimanapun petua tu tak berjaya. Kemudian, saya sapu Minyak Mustajab pula. Tak perlu tunggu lama, akhirnya ia ‘luruh’ sendiri.

“Tiba-tiba keluar pula darah daripada bekas gigitan serangga itu. Panik dan bimbang jangkitan kuman, saya segera bawa Aqil ke klinik,” kata wanita yang tinggal di Bachok, Kelantan itu.

Sengkenit yang ‘bergayut’ di mata Aqil akhirnya luruh selepas disapu Minyak Mustajab.

Ibu kepada dua anak ini bersyukur apabila doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius pada mata anaknya, sebaliknya memujinya kerana wajar bertindak.

“Doktor cuci bahagian luka tu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang bahaya. Mata boleh buta kalau sengkenit tu berak atau beranak pinak,” katanya.

Tambahnya, dia sendiri tidak pasti punca bagaimana mata anaknya digigit makhluk halus itu, namun mengesyaki kemungkinan mendapatnya dari kawasan belukar sekitar rumahnya.

“Ada juga yang kecam, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Saya bukan nak cabut, tapi nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk dalam mata anak.

“Sedar-sedar je dah kenyang. Masa sengkenit tu luruh, memang montel badannya. Saya pula yang jadi geram dan terus penyet.

“Anak saya tak rasa sakit pun… tapi dalam video tu dia menangis sebab takut kerana dia sendiri tak pernah kena. Itulah kali pertama pengalamannya menjadi m4ngsa gigitan sengkenit,” katanya.

Sekadar memuat naik video untuk kenangan dan berkongsi pengalaman, Noramanina tidak menyangka dia akan mencapai lebih 190,000 tontonan.

“Saya pun tak sangka jadi viral. Saya nak simpan sebagai kenangan saja dan kongsi pengalaman. Serangga ni kita tak minta pun ia datang.

“Tapi ada juga yang kecam, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Sebenarnya video tu separuh je. Saya bukan nak cabut, tapi saya nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk pula mata anak.

“Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu cerita sebenar. Dalam ramai-ramai yang komen, ada juga yang tak kenal rupa sengkenit.

Alhamdulillah, mata Aqil bengkak sehari sahaja. Esoknya dah surut dan pulih seperti biasa,” katanya lagi. Demikian memetik laman mStar.

The post Sengkenit Bergayut di Mata Anak, Nasiblah Petua Diguna Ibu Menjadi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...