Nama pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang sering muncul di platform-platform media sosial dengan kerja-kerja amal yang dijalankan di seluruh Malaysia sudah tidak asing lagi bagi semua.
Ustaz Ebit Lew menjadi idola rakyat termasuk menjadi personaliti yang memberi inspirasi untuk sentiasa berbuat baik kepada isteri.
Terbaru, menerusi susulan video pendek yang dimuatnaik di laman instagramnya, Ustaz Ebit Lew yang sedang bercuti di sebuah pulau di Iceland bersama ahli keluarganya.
Selain bercuti, kata-kata Ustaz Ebit Lew untuk isterinya sangat romantik dan penuh kasih sayang menarik minat ramai.
“Bidadariku, I love you sayang. Dunia berubah. Tapi cinta kita sampai syurga dengan izin Allah. Setiap hari abang jatuh cinta padamu bidadariku.”
“Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Allah. Bidadari yang berada disisi. Berkorban berjuang dari mula kita berkenalan sehingga hari ini.”
“Melalui perjuangan ini, tak senang tapi ini perintah Allah sampai kita pejam mata dari dunia ini. I love you bidadariku sayang.” katanya.
Selain itu, Ustaz Ebit Lew juga dikenali dari seminar motivasi kekeluargaan miliknya, Keluarga Sunnah dan juga sebagai pemilik rangkaian pasar raya Elew’s Mart.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat 668,000 jumlah tontonan dan pelbagai lontaran komen dari warganet yang rata-rata tersentuh dengan ucapan Ustaz Ebit Lew itu.
The post Ucapan Ustaz Ebit Lew Kepada Isterinya Sentuh Hati Ramai appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment