loading...

Thursday, 13 January 2022

Mitos Kepercayaan 2 Pusar Di Rambut Kepala

Ada individu yang rambutnya satu pusar dan ada individu yang mempunyai dua atau lebih pusar di rambutnya atau lebih. Mereka yang memiliki dua pusar pada rambut biasanya dikatakan memiliki perwatakan agak nakal sikit.

Individu-individu ini dikatakan sukar untuk diuruskan, sukar difahami dan agak degil. Kepercayaan tentang perwatakan orang yang memiliki dua pusar di kepala anak ini telah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.

Pusar Rambut di Kepala

Pusar rambut itu sudah dimiliki sejak kita lahir lagi. Pada 1972, terdapat kajian menunjukkan bahawa 94 peratus bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat memiliki pusar pada kepala.

Ada anak-anak yang mempunyai satu rambut pusar, dua pusar rambut atau lebih.

Tetapi, terdapat juga pusar rambut yang tidak kelihatan di kepala. Biasanya, anak dengan rambut panjang sukar untuk diketahui di mana pusar rambut mereka.

Benarkah pusar rambut menentukan perwatakan seseorang?

Kononnya, anak-anak yang mempunyai satu pusar rambut mempunyai keperibadian yang kuat dan membesar menjadi seorang yang baik.

Manakala, anak-anak yang mempunyai dua pusar rambut diketahui aktif, pintar, dan boleh dipercayai dalam melakukan sesuatu.

Terdapat juga individu yang mempunyai tiga atau lebih pusar rambut. Dikatakan bahawa orang itu mempunyai ketabahan dan kemahuan yang kuat.

Selain itu, bentuk pusat kepala juga mempunyai arah jam dan lawan jam.

Menurut Dr. Amar J.S. Klar, Ketua Makmal Biologi Genetik dan Kromosom di National Cancer Insititute Maryland, berkata arah rambut pusar mempengaruhi kita juga.

Orang yang rambut pusarnya mengikut arah jam cenderung menggunakan tangan kanan mereka sebagai tangan dominan untuk menjalankan aktiviti harian.

Manakala, orang yang mempunyai rambut pusar lawan jam cenderung menggunakan tangan kiri sebagai tangan dominan untuk menjalankan aktiviti harian.

Walaupun begitu, perlu diingat bahawa akhlak dan perwatakan seseorang itu dibentuk oleh banyak perkara, seperti persekitaran sekeliling, didikan ibu bapa, pengaruh rakan dan pelbagai lagi.

The post Mitos Kepercayaan 2 Pusar Di Rambut Kepala appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...