Adalah tugas dan tanggungjawab seseorang pelakon untuk menghayati dan menjayakan watak yang dibawa dalam setiap lakonan mereka.
Tetapi, ia tidak begitu mudah untuk melakukannya, terutamanya jika babak lakonan itu sangat mencabar untuk dilakukan.
Mungkin itu yang dirasai pelakon wanita, Jasmine Suraya apabila mengakui ketakutannya ketika pertama kali menonton adegan babak ranjangnya dalam episod pertama drama bersiri Villa Kristal.
“Bagi saya tengok rasa macam, takutnya. Saya pun macam tak percaya saya lakonkan babak panas itu. Babak itu mungkin agak cringe bagi sesetengah penonton wanita tapi saya memang berikan komitmen penuh dalam lakonan saya.”
Jasmine yang ditemubual Harian Metro pada majlis pelancaran drama ini bagaimanapun menyatakan tiada sentuhan keterlaluan antara dia dan pelakon lelaki, Alvin Wong.
Pusingan panas itu dilihat berjaya kerana pengarah menggunakan helah kamera untuk mencari sudut yang paling sesuai.
Apabila disunting untuk siaran, penonton kelihatan seperti ia adalah babak memaparkan keintiman Angle dan Robin.
Akhir kata, drama ini turut dilakonkan oleh Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, Mimi Lana dan ramai lagi. Anda boleh menonton drama bersiri Villa Kristal ini di WeTV.
The post Jasmine Suraya Mengaku Takut Lihat Babak Ranjang Panas Dalam Drama Lakonannya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment