Mesti ramai yang mengenali pendakwah bebas iaitu Abu Syafilq Al-Asy’ary yang lantang bersuara mengenai banyak isu di laman sosial.
Disebabkan itu, ada jgua pihak sebelum ini yang cuba memfitnah beliau. Pada Jun 2021, Abu Syafiq dimaklumkan mengenai dua akaun palsu di Facebook.
Akaun palsu ini digunakan untuk membuat fakta berbaur fitnah dan memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa semua fakta ini dikeluarkan oleh beliau.
Kerana itu, Abu Syafiq telah membuat saman fitnah dan hasilnya mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu adalah satu fitnah. Mahkamah Sesyen Kuantan kemudian mengarahkan kaunselor eksekutif, Hamidah Rapaee untuk membayar pampasan RM100,000 dan pampasan teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq.
Hamidah juga dilarang mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.
Salah seorang peguam Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan menyatakan pihak pembelaan turut diarah menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di Facebook dan YouTube bagi membersihkan nama mereka yang difitnah.
Saman sivil itu terpaksa diambil Abu Syafiq untuk membersihkan namanya selepas usahanya menyelesaikan kemelut itu dengan baik, tanpa melibatkan proses mahkamah, namun gagal apabila pembela itu keberatan untuk memadamkan konten fitnah yang dimuatnaik di akaun media sosialnya dan enggan untuk meminta maaf.
Terbukti Abu Syafiq tidak pernah mengkafirkan Ebit Lew
Keputusan kes sivil itu adalah bukti kukuh bahawa mahkamah bersetuju dengan hujah peguam Abu Syafiq yang laman Facebooknya telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew. – kata peguam Abu Shafiq.
Semoga keputusan ini dapat membuka mata banyak pihak untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau berkongsi maklumat yang belum pasti kesahihannya. Demikian memetik sumber berita di Sinar Harian.
The post Tidak Pernah Kafirkan Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang RM120K Saman Fitnah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment