loading...

Monday, 3 January 2022

Statistik: Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Menonton Porno

Boleh dikatakan, untuk mendapatkan konsol PlayStation terbaru Sony di pasaran ketika ini adalah sangat sukar kerana kekurangan bekalan.

Namun, cerita berbeza pula untuk yang sudah memiliki konsol PlayStation ini. Ramai maklum konsol kegunaannya adalah bermain permainan video tetapi di sini ia juga digunakan sebagai platform untuk menonton video lucah.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh platform PornHub baru-baru ini, memetik laman pushsquare, mereka mendedahkan bahawa pengguna PlayStation sekali lagi mempunyai jumlah pelayar halaman yang paling tinggi.

Selain itu, trafik daripada pengguna PS5 dan PS4 meningkat sebanyak 17.6% berbanding tahun 2020 sebelumnya. Ini menjadikan sejumlah 60.6% untuk trafik adalah daripada konsol PlayStation.

Jumlah itu diikuti oleh pengguna Xbox iaitu 36.8% dan PS Vita sebanyak 2.2%.

Apa-apa pun, memang benar “Play has no limits” tetapi menonton kandungan pornografi sebenarnya tidak sihat dan merosakkan akal fikiran, bukan sahaja salah di sisi agama Islam.

Kami akhiri, dengan menasihatkan anda jauhilah kandungan pornografi. Semoga sihat mental dan fizikal, ya!

The post Statistik: Konsol Sony Banyak Digunakan Untuk Menonton Porno appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...