Umum mengetahui penyanyi Heliza Helmi secara rasminya telah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari 2022 lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Terbaru, pasangan ini telah mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Majlis indah itu dihadiri keluarga, ulama, rakan terdekat dan selebriti tanah air.
Menerusi facebook Dr Tengku Asmadi, beliau sempat merakam ucapan dan persembahan istimewa pasangan pengantin baru itu.
Dalam video itu, Mahadi memberitahu ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka berdua boleh mengenali antara satu sama lain dan mengapa mereka memilih Heliza sebagai isteri.
Menurut Mahadi, perancangan Allah memang terbaik dan Heliza adalah bidadari istimewa yang dikurniakan Allah kepadanya.
Perancangan Allah adalah yang terbaik. Saya rasa Heliza adalah anugerah yang Allah berikan. Saya ingin memberitahu semua orang dan saya ingin memberitahu Heliza.
Dia membantu saya banyak perkara. Semua cerita Heliza di media sosial adalah benar. Kenali Heliza, memang niat dia nak dekatkan diri dengan Allah.
Pasangan yang sama cantik dan sedondon itu turut menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu. Mahadi telah menyanyikan skrip lagu ‘For The Rest Of My Life’ untuk Heliza.
Manakala, Heliza menyanyikan lagu ‘Melamarmu’ buat Mahadi. Pasangan ini juga sempat merakam ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.
Tonton video Majlis Resepi Perkahwinab Mahadi & Heliza:
Menurut Heliza, dia tidak mahu sebarang hadiah di majlis perkahwinannya kecuali doa daripada semua. Ini kerana, doa merupakan senjata orang mukmin.
Ujar Heliza lagi, dia hanya mahu reda Allah, kehidupan yang barakoh dan cinta kepada nabi. Di akhir video tersebut, Mahadi berjanji kepada ibu bapa Heliza untuk menjaga anak mereka dengan baik. Jelas Mahadi, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang terbaik buat Heliza selepas ini.
The post Heliza Helmi Buka Cerita Sebenar Buat Suami Jatuh Cinta Terpikat appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment