Baru-baru ini, menjadi satu trend di mana sesetengah pengusaha kedai makanan,menggunakan paku untuk membungkus makanan bagi menjadikan bungkusan itu lebih kononnya lebih selamat.
Namun, perbuatan penjual yang menggunakan paku atau bahan seumpamanya dalam pembungkusan makanan ini merupakan dan boleh mengundang bahaya kepada pelanggan.
Perkara ini adalah memetik laporan laman Kosmo dan peniaga makanan yang masih berdegil untuk menggunakan bahan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam Akta Makanan 1983, ianya adalah satu kesalahan apabila seseorang itu menyediakan atau menjual makanan yang didalamnya mempunyai bahan yang terlarang atau memudaratkan kesihatan.
Hukuman yang lebih berat itu boleh dikenakan kepada peniaga sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.
KKM mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir terhadap kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat.
Bungkus makanan menggunakan paku tidak sepatutnya menjadi trend pada masa kini kerana banyak lagi cara lain yang selamat untuk membungkus makanan dengan kemas dan baik.
DG Hisham juga mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa memeriksa makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum makan kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku.
Ia berbahaya untuk menggunakan paku pada pembungkus makanan. Kadang-kadang, apabila anda terlalu lapar, mesti anda tidak perasan bahawa ada benda lain dalam makanan anda, bukan?
Semoga penjual makanan akan lebih berwaspada selepas ini.
The post DG Hisham: Guna Paku Untuk Bungkus Makanan Boleh Dipenjara Atau Didenda appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment