Nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd. Suffian masih kekal sebagai pemilik nama terpanjang di Malaysia buat masa ini.
Itu pengesahan dibuat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat hari ini.
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial termasuk Facebook mengenai satu hantaran oleh pemilik akaun bernama, Mohd Sholihin yang berkongsi nama anak perempuannya yang juga unik dan panjang.
Nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Mohd. Sholihin.
Nama unik itu ditularkan di beberapa laman Facebook dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
Bagaimanapun, Mohd Sholihin kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan mendaftarkan nama itu bagi anak perempuannya.
Menurutnya, paparan nama yang dikongsinya itu sebenarnya telah disunting dan dibuat secara suka-suka sebaliknya nama sebenar yang didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin.
“Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka sahaja, jangan marah ya,” kata Mohd. Sholihin.
Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain dimiliki Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.
Sebagai makluman, JPN membenarkan nama bayi yang ingin didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf).
Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, S Binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor.
Gadis Dengan Nama Terpanjang Di Dunia Mempunyai 1019 Huruf
Tahukah anda siapa pemilik nama terpanjang di dunia? Sebelum itu, adalah nama merupakan satu alamat atau tanda pengenalan bagi seseorang. Oleh itu, pemberian nama kepada anak yang dilahirkan merupakan kewajipan ibu bapa.
Dengan wujudnya nama, seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah. Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.
Tetapi, seorang wanita ini memiliki nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).
Memetik Mirror Online, Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.
Ketika lahirnya bayi berkenaan pada tarikh itu, dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.
Walau bagaimanapun, tiga minggu kemudian ibu kepada wanita itu merasakan nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang dan turut menambah nama tengah 36 huruf.
Nama baru lepas ditukar oleh ibunya kini menjadi:
Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnaerenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohnyaetheodoradilcyana.
The post Nama Ini Kekal Nama Terpanjang Di Malaysia – JPN appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment