loading...

Thursday, 6 January 2022

Dituduh Khurafat, Raja Bomoh Tak Setuju Dan Mahu Saman RM300 Juta

Telah tular di media sosial berkenaan satu video memaparkan seorang pengamal perubatan tradisional, iaitu Datok Ibrahim Md Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan ritual menghalau banjir bersama sepupunya di Teluk Intan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehinggakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan yang pihak mereka akan membuka kertas siasatan.

Kertas siasatan ini dibuka terhadap Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh berhubung ritual menolak musibah banjir mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Nafi ritual syirik dan khurafat

Oleh itu, Raja Bomoh telah membuat penjelasan berhubung tuduhan berkenaan dan memberitahu yang ritual dilakukan bertujuan untuk melindungi pusara ibu bapa serta keturunannya.

Dia juga menafikan membuat perkara syirik kerana apa yang dijalaninya sekadar mengikuti petua orang dulu-dulu bagi mencari ikhtiar mengelakkan kejadian banjir besar.

Dah buat laporan polis

Disebabkan perkara ini, Raja Bomoh yang tidak menerima dituduh melakukan perbuatan syirik telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan membuat sidang media di Facebook rasminya.

Menurutnya, tindakan melakukan ritual itu sama sekali bukan untuk mencari publisiti tetapi demi memastikan pusara keturunannya terpelihara daripada ditenggelami banjir.

Saman RM300 juta

Sehubungan itu, dalam sidang media yang dijalankan oleh Datuk Ibrahim Md Zain selepas membuat laporan polis, beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman jabatan-jabatan yang menuduhnya melakukan perbuatan syirik sebanyak RM300 juta.

Perkara ini juga telah dibincangkan bersama peguamnya dan dinyatakan dalam sidang media.

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.”

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya.

Raja Bomoh itu juga meluahkan rasa kecewanya kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan perkara ini sepatutnya datang berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum syirik dan khurafat, sedangkan perlu ada budi bicara dalam soal ini. Beliau jugturut mengatakan ada perkara yang salah boleh diperbetulkan.

The post Dituduh Khurafat, Raja Bomoh Tak Setuju Dan Mahu Saman RM300 Juta appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...