loading...

Friday, 14 January 2022

Sering Dipanggil Papan? Jangan Sedih, Ini 5 Cara Semulajadi Besarkan Payudara

Selain rambut, payudara sering diibaratkan sebagai mahkota wanita kerana ia dianggap sebagai salah satu faktor utama daya tarikan.

Sebab itulah, saiz dan bentuk payudara itu penting, malah boleh membuatkan seseorang perempuan itu rasa rendah diri dan rasa insecure jika tidak sesuai dengan keinginan.

Pertumbuhan payudara wanita bermula pada akil baligh. Apabila wanita berumur 8–13 tahun, dan boleh terus meningkat sehingga remaja dan juga awal 20-an.

Pada fasa ini badan akan mula menghasilkan dan mengeluarkan hormon estrogen, yang menyebabkan lemak dalam tisu penghubung di payudara turut bersatu dan membesar.

Lebihan lemak inilah yang menyebabkan payudara wanita mula membesar.

Walaupun setiap wanita melalui fasa yang sama, hakikatnya saiz payudara boleh berbeza dari wanita ke wanita.

Ada perempuan yang dikurniakan payudara yang besar, ada yang kecil dan ada yang tidak simetri, di mana payudara kanan dan kiri berbeza saiz.

Bagi wanita yang sangat mementingkan penampilan mereka, mempunyai payudara yang kecil sering menimbulkan perasaan rendah diri dan tidak yakin diri.

Jangan bersedih! Tanpa pembedahan, anda masih boleh mendapatkan bentuk dan saiz payudara yang ideal dengan pelbagai cara semula jadi.

Semak 5 cara semulajadi dan berkesan untuk membesarkan payudara berikut, semoga berjaya!

Bersukan

Sukan dengan pergerakan tertentu dapat menguatkan otot dada supaya dapat mengangkat dan memperbaiki postur payudara agar lebih ideal.

Pilih sukan yang melibatkan banyak otot dada, seperti berenang, tenis atau bola keranjang.

Jika anda malas bersenam, aktiviti harian seperti menolak bakul beli-belah dan menggendong bayi sebenarnya juga boleh menjadi aktiviti yang berfaedah untuk membesarkan payudara.

Mengurut payudara

Mengurut kawasan payudara berguna untuk membantu peredaran darah dengan lebih lancar.

Urutan juga boleh merangsang hormon dan juga menghalang pembentukan toksin dalam payudara supaya lebih sihat dan pejal.

Urutan boleh dilakukan dengan beberapa minyak iaitu minyak zaitun, minyak kastor, minyak badam, dan minyak bayi.

Urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat. Urut selama 15-20 minit. Rawatan ini boleh dilakukan 2-3 kali seminggu.

Diet

Diet mempunyai peranan penting dalam membentuk badan.

Jika anda ingin mendapatkan saiz payudara yang ideal, penuhilah pengambilan nutrisi yang betul.

Diet yang melibatkan susu, sayur-sayuran hijau dan kekacang berfungsi untuk membantu membesarkan payudara.

Pengambilan susu menyumbang kepada pertumbuhan tisu payudara. Susu lembu diperkaya dengan estrogen, progesteron dan prolaktin, yang diperlukan untuk menghasilkan susu pada wanita, dengan itu meningkatkan saiz payudara.

Tambah juga sayur-sayuran berdaun hijau dalam diet harian anda. Sayur-sayuran adalah sumber zat besi dan kalsium yang baik.

Untuk sebahagian besar, sayur-sayuran berdaun hijau tidak mengandungi fitoestrogen yang membantu meningkatkan tisu payudara, tetapi menegangkan payudara yang sedang berkembang.

Manakala kacang tanah dan kacang soya mengandungi lemak yang tidak tinggi.

Kacang adalah penting untuk membina tisu payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.

Soya mengandungi phytoestrogens, hormon yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan payudara. Soya juga mengandungi isoflavon, yang melawan radikal bebas.

Timun dan Kuning Telur

Gabungan timun dan kuning telur juga boleh membantu membesarkan payudara.

Timun telah lama dikenali untuk merawat kecantikan kulit, manakala kuning telur juga memainkan peranan penting dalam menjadikan kulit lebih licin.

Jika dicampur, kedua-duanya dapat mempercepatkan pertumbuhan tisu otot di bawah kulit sehingga dapat menyokong proses pembesaran payudara.

Berikut adalah beberapa cara untuk membesarkan payudara dengan timun dan kuning telur:

  1. Haluskan kuning telur dan timun yang telah dikupas hingga menjadi pes
  2. Sapukan topeng pada payudara
  3. Urut payudara mengikut arah dari luar ke dalam, biarkan selama 30 minit
  4. Bilas dan bersihkan. Lakukan rawatan ini setiap pagi dan malam.

Lidah Buaya

Aloe vera mempunyai tekstur yang sedikit melekit dan memberikan sensasi penyejukan pada kulit, sehingga terkenal dalam rawatan kecantikan kulit.

Kandungan semulajadi aloe vera dapat membantu menegangkan kulit muka termasuk payudara.

Membesarkan payudara boleh dilakukan dengan mengurut payudara dengan lembut menggunakan gel aloe vera.

Selepas diurut, biarkan gel aloe vera meresap ke dalam kulit. Jika rawatan ini dilakukan dengan kerap, ia dapat mempercepatkan proses penjanaan semula sel-sel dalam payudara.

The post Sering Dipanggil Papan? Jangan Sedih, Ini 5 Cara Semulajadi Besarkan Payudara appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...