Mia Sara yang kini berusia 16 tahun mengatakan yang ramai menyangka dia tidak lagi aktif tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak tawaran.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan bahawa pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi yang memintanya menanggalkan tudung walaupun sudah berhijab sejak lima tahun lalu.
Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.
“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.
“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.
“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali, lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan. Ia bukan sebab saya tak mahu berlakon,” katanya.
“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini.
Apabila kurang berlakon, timbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.
“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” katanya.
Dalam pada itu, Mia turut meminta pihak produksi diluar sana menghormati dirinya yang sudah berhijab.
Ujarnya, berikan watak tidak bertudung seolah meminta untuk membuka hijab.
The post Rela Tak Berlakon Dari Buka Tudung – Mia Sara appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment