Baru-baru ini, pihak kerajaan telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0. Program ini menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 untuk pembelian barang-barang elektrik yang cekap tenaga.
Untuk makluman, program ini merupakan kesinambungan daripada program-program sebelum ini seperti program SAVE 1.0 dan program SAVE 2.0.
Ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna lagi untuk mendapatkan barangan elektrik yang jimat tenaga sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil eletrik.
Program SAVE 3.0
Program SAVE 3.0 merupakan sebuah program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang mana membeli barangan cekap tenaga. Barangan cekap tenaga perlu menjalani ujian prestasi terlebih dahulu sebelum menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Syarat kelayakan
Anda boleh menyemak terlebih dahulu syarat-starat kelayakannya, seperti:
- Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja untuk pembelian bagi tahun 2022 berdasarkan kepada ‘First Come First Serve Basis‘.
- Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik akaun elektrif tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy BHD (SEB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan NUR Power layak memohon.
- Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 adalah tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
- Proses pembelian boleh diadakan sama ada secara fizikal di kedai elektrik yang berdaftar atau secara dalam talian menerusi platfom e-dagang yang diiktiraf seperti Lazada, Shopee dan PG Mall. Boleh juga melakukan penebusan dan pembelian di kedai atau pasar raya berdaftar. Rujuk di SINI untuk mengetahui kedai yang berdaftar.
Untuk makluman, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0 ini iaitu:
Kategori 1: Penghawa dingin dan peti sejuk.
Kategori 2: Mesin basuh / Televisyen / Ketuhar Microwave / Periuk nasi
Cara menebus di Shopee
Untuk penebusan, anda boleh klik pautan INI. Kemudian, pilih produk yang disenaraikan dan mempunyai tag ‘SAVE 3.0’.
Seterusnya, mesej penjual dan mereka akan membantu anda mendapatkan baucar tersebut.
Setelah diterima, penjual akan memberikan kod baucar dan anda boleh terus menekan “Shop Vouchers” dan masukkan kod semasa ‘Check Out’.
Boleh rujuk gambar di bawah:
Jika ada yang mahu membeli di Lazada, caranya turut sama. Sila klik di SINI.
Untuk makluman anda lagi, penebusan dan pembelian Program SAVE 3.0 ini boleh dibuat bermula hari ini (Januari) sehingga Disember 2022.
The post Tips Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0 Bermula Januari 2022 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment