Baru berusia tiga tahun, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana sudah mempunyai program beliau sendiri, menerima pelbagai tawaran iklan dan lain-lain. Pendek kata, Lara sebenarnya sudah menjana pendapatan sendiri.
Susulan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN, menurut Scha beliau dan Awal sudah melantik ejen untuk menguruskan pendapatan Lara. Malah, Lara sudah ada fail cukai pendapatan beliau di LHDN.
Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.
Nampaknya kini bukan sahaja artis yang perlu membayar cukai tetapi anak artis yang juga sama popular seperti ibu dan bapa mereka.
Sumber: Berita Harian
Gambar: Instagram Lara Alana
0 comments:
Post a Comment