loading...

Sunday, 9 August 2020

Cara Mengatasi Masalah Penganggur Zaman 2020

Pada tahun 2020, banyak penggangguran berlaku akibat daripada kejatuhan ekonomi secara berterusan. Hal ini sangat memberi impak kepada ekonomi dunia di mana semuanya akibat daripada bencana penyakit Corona Virus. Apalagi apa yang berlaku di Lubnan sekarang, satu letupan di mana membuatkan ekonomi di Lubnan semakin di ambang bahaya. Seperti kata pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Masalah Utama

Kerajaan seharusnya sudah tiada pilihan lain lagi dimana perlu membantu rakyat yang semakin banyak menganggur akibat wabak covid-19. Apa yang harus kerajaan lakukan sebenarnya?

Pertama sekali, kerajaan haruslah menutup semua pintu masuk dimana punca peratusannya wabak covid-19 sangat tinggi. Apabila semua pintu masuk ditutup, maka kita dapat mengurangkan tahap risiko berlakunya penularan kembali wabak tersebut.

Kedua, bagaimana untuk mengendalikan ekonomi? Kita janganlah mengikut cara orang lain dalam mengendalikan ekonomi. Sepatutnya, kita lihat sendiri dimana tahap ekonomi negara kita. Tahap ekonomi di setiap negara berbeza-beza kerana gaya hidup mereka. Jika kita lihat di Malaysia, cara hidup kita adalah berampur aduk dimana hampir semua bangsa ada di dalam Malaysia.

Foto: harian metro

Ketiga, fokus kepada pertanian berbanding teknologi. Kita seharusnya lebih fokus kepada sektor pertanian berbanding teknologi dimana kita haruslah menyeimbangkan keadaan alam sekitar. Jika kita kekurangan bekalan makanan, teknologi tidak mampu untuk menyenyangkan perut anda. Benar kan? Apa yang kita perlu buat adalah tingkatkan teknologi pertanian dimana ia seiring menjana pendapatan negara dengan hasil bahan mentah.

Keempat, dalam politik kita tidak seharusnya bertengkar sesama sendiri. Kita harus cari jalan penyelesaian dan bukannya membuka aib perseorangan. Kerana politik membuka aib langsung tidak membantu kepada kemajuan negara. Untuk membangunkan negara yang baik adalah jangan gunakan cara lama. Gunakan sistem baru iaitu bersatu padu dalam membuat keputusan.

Setiap agenda yang mementingkan hak peribadi harus disingkirkan. Agenda yang bersifat “umum” iaitu untuk menyenangkan semua orang adalah digalakkan.Jika kita mementingkan diri sendiri sekarang, kita bakal kearah kehancuran seperti dinegara-negara maju yang lain kita lihat. Terlalu bersifat peribadi mengundang ketamak haloba seterusnya akan memerangkap diri sendiri.

Kelima, agama penting dalam mendidik generasi baru untuk tidak bersifat perkauman. Semua agama melarang kita dari membuat kejahatan. Sedangkan Tuhan kita hanya satu. Yang Maha Pengasih Dan Maha Pemurah. Semua orang tidak mahu ke neraka. Semua orang nak ke Syurga. Carilah tuhanmu, jika benar maka ia akan datang membantuMu.

Kesimpulannya, kita sebagai makhluk hendaklah sentiasa berasa rendah diri dan jangan sombong seperti kerajaan sekarang. Dimana “budi perkerti tidak lagi diguna pakai” kerana terlalu mengikut undang-undang yang dibuat sendiri.

( *cuba anda kira berapa* jumlah patah perkataan)

The post Cara Mengatasi Masalah Penganggur Zaman 2020 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...