loading...

Monday 28 March 2022

‘Anak Autisme, Speech Delay Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin’ – Ustazah Ditegur Doktor Psikitari

Semalam kecoh di laman Facebook, tindakan seorang individu bergelar ustazah yang memberi pandangan namun mendapat teguran dari seorang individu.

Difahamkan, wanita ini merupakan seorang pendakwah bebas, pengasas sebuah tadika dan perawat rawatan Islam berdasarkan bio yang ditulis di bahagian ‘bio’ halaman miliknya.

“Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin. Jin mengganggu dan mendatangkan penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah,” ujar wanita itu di media sosial.

Berikut paparan di halaman Facebooknya:

Sumber – Facebook

“Posting ustazah ini sangat tidak tepat dan melanggar disiplin ilmu.” – Dr Rozanizam

Hantaran tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah seorang penasihat kesihatan mental yang berjawatan doktor psikitari, Dr Rozanizam Zakaria turut menegur tindakan wanita itu.

Terlihat di ruangan komen, Dr Rozanizam berkata tindakan wanita itu boleh menyebabkan masyarakat salah faham dan menimbulkan sikap prejudis terhadap anak-anak autisme.

Pakar psikiatri
Sumber – Facebook

‘Hentikan Stigma Autisme’.

Selain dari Dr Rozanizam, akaun milik Public Health Malaysia (PHM) turut menghentam hantaran wanita itu.

“Besar sungguh dugaan ibu bapa dengan anak anak autisme. Bermacam-macam tohmahan terhadap mereka. Ada yang kata tidak pandai menjaga anak, ada yang kata akibat beri terlalu banyak gajet dan terkini dikaitakan dengan gangguan jin.

“Kami bersolidariti kepada ibu bapa yang terkesan dengan dakwaan ini,” tulis laman itu.

Sumber -Facebook

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas disebabkan hantaran wanita itu yang dibuat tanpa mengetahui fakta sains.

Malahan, menurut halaman mstar wanita tersebut hanya mendiamkan diri dan hantaran tersebut telah dipadam dari laman Facebook miliknya.

The post ‘Anak Autisme, Speech Delay Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin’ – Ustazah Ditegur Doktor Psikitari appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...