Kebersihan amat penting bagi manusia, jika anda tidak menjaga kebersihan diri, anda akan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Malah keperibadian seseorang dilihat melalui tahap kebersihannya.
Jika anda tidak pandai menjaga kebersihan diri, anda akan dipandang rendah oleh orang.
Seperti kisah yang hendak dikongsikan, seorang wanita yang tidak suka menjaga kebersihan diri, sering mengabaikan kebersihan sehingga memudaratkan diri sendiri.
Wanita yang dikenali sebagai Xu dari Hubei, China terpaksa dikejarkan ke hospital apabila matanya mengalami bengkak dan gatal-gatal luar biasa. Dia telah merasa kegatalan tersebut pada 2 tahun yang lalu,
Namun menyangkakannya hanyalah sakit mata biasa dan dia hanya mengambil ubat mata biasa bagi menghilangkan rasa gatal tersebut.
Setelah dua minggu lalu, keadaan matanya menjadi semakin membengkak dan gatal apabila diperksa doktor. Rupa-rupanya matanya telah dijangkiti kutu dan menyebabkan bulu matanya melekat dan matanya membengkak.
Doktor terpaksa menggunakna mikroskop untuk melihat lebih dekat keadaan mata Xu dan terkejut apabila mendapati lebih 10 ekor kutu hama di setiap helaian bulu matanya.
Doktor yang merawatnya mengganggarkan lebih 100 ekor kutu hama yang ‘tinggal’ di setiap mata wanita itu. Ini adalah kes yang jarang-jarang ditemui.
Apabila ditanya, rupanya Xu mengakui dia tidak pernah menukar cadar bantalnya sejak lima tahun yang lalu sekaligus membuatkan kutu tersebut berpindah ke bulu matanya.
Disebabkan itu kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga barang-barangan anda. Disarankan membasuh cadar seminggu sekali, ini kerana hama katil mampu menjangkiti kulit anda jika anda tidak mencucinya.
Sumber: Hanasuva.com
The post Akibat Tidak Tukar Cadar Selama 5 Tahun, Kutu Bertelur Di Mata appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment