loading...

Saturday, 9 December 2017

Azhan Rani Ditahan Pihak Berkuasa Kerana Dianggap Seperti Warga Asing

Memang tidak dapat dinafikan tentang kehadiran banyak pekerja asing dinegara kita. Majoriti jumlah mereka seakan-akan melebihi jumlah penduduk tempatan.

Jika anda perasan, ketika kita pergi ke shopping kompleks memang dimerata-rata tempat pasti anda boleh lihat mereka. Seakan-akan kita bukan di negara kita sendiri kerana mereka terlalu ramai di kawasan tempat tinggal kita.

Kebanyakkan rupa paras mereka ada yang seperti penduduk tempatan dan sukar untuk kita kenali dengan lebih lanjut. Banyak yang salah anggap dengan rupa penduduk tempatan dan warga asing, kerana ia kelihatan seakan-akan sama jika sekali kilas.

Perkara sebegini juga turut menimpa pelakon iaitu Azhan Rani. Dia disalah ertikan kerana dia memiliki kulit yang berwarna sawo matang ataupun berkulit gelap dan telah menimbulkan kekeliruan pihak berkuasa yang menyangka dia salah seorang warga asing.

Rupa mereka pun ada yang iras dengan orang tempatan. Orang kita pun ada yang mirip dengan mereka. Tak banyak beza, boleh tertukar juga seperti yang terjadi kepada pelakon Azhan Rani. Kulit sawo matangnya menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada anggota penguasa bertugas yang meronda di kawasan rumahnya.

Semasa ditahan oleh tiga orang pihak berkuasa di kaasan kediamannya, pihak berkuasa itu lantas meminta passport dan juga kad pengenalannya.

Dia juga ditahan apabila tiga orang pihak berkuasa itu melihatnya berlari untuk berteduh dari hujan ke kedai workshop yang tidak jauh dari rumahnya, dan terus mintak passport.
”Aku tanya kenapa.. lepas tu dia terkejut dengan bahasa melayu aku “minta i/c”

Dan salah seorang dari mereka baru menyedari bahawa Azhan Rani ini yang berlakon di samping Ayda Jebat di televisyen.



‘Aku bagi dan tanya kenapa nampak muka saya macam myanmar ke? diam sekejap dia tanya lagi “kerja mana?” aku jam nak jawap aku kerja kat mana? aku bukan ada office pun.. lepas tu seorang anggota lagi cakap “ni bukan yang berlakon dengan @aydajebat semalam ke?” aku diam je.. lepas tu baru2 diaorang salam… “minta maaf bang”

Ujar beliau lagi, bila di amati betul-betul mukanya ketika itu dah memang seperti rupa orang myanmar, kerana di set lakonan dia terpaksa bekerja di tempat yang panas dan itu menyebabkan kulitnya lebih gelap dari biasanya.

”Aku blah beberapa langkah.. aku selfie… dan tengok gambar sendiri ..memang macam myanmar pun.. muka terbakar main lari2 sepanjang dua minggu ni.. patut la takde rating pun.. ahhh tapi ini diri aku sendiri .. i’m happy.. syukur Ilahi.”

Walau apapun, anggap sahaja semua yang terjadi ini sebgai gurauan. Dua-dua pihak tidak salah cuma ada sedikit kekeliruan di situ. Pihak berkuasa cuma menjalankan kerja dan juga tanggungjawabnya, begitu juga Azhan Rani sebagai penduduk di kawasan itu.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my

The post Azhan Rani Ditahan Pihak Berkuasa Kerana Dianggap Seperti Warga Asing appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...