loading...

Wednesday, 6 December 2017

Antara Sebab Mengapa Perkahwinan Orang Zaman Dahulu Tahan Lama Dan Bahagia

Jika anda lihat, perkahwinan orang zaman-zaman dahulu nampak sangat sempurna, tahan lama dan bahagia. Mereka tahu bagaimana untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Bukan seperti perkahwinan zaman sekarang, kahwin dua tahun, tiga tahun, apabila sudah jemu, perpisahan dan penceraian adalah  jalan terbaik bagi mereka.

Bagaikan tiada jalan penyelesaian lain yang lebih baik untuk mempertahankan keluarga mereka. Jika orang zaman dahulu, zaman ibu bapa kita, setiap perkara dititik beratkan, segalanya dijaga rapi dan paling yang mereka pentingkan adalah tanggungjawab terhadap suami tercinta. Sudah pasti tiada cacat celanya.

Cinta orang dulu-dulu bukan seperti cinta zaman sekarang yang lebih suka luangkan masa bersama, tidak jumpa sehari pun sudah menjadi satu masalah buat mereka, boleh menjadi isu pergaduhan. Tidak seperti orang dulu-dulu yang lebih suka bercinta selepas berkahwin.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam-mana perkahwinan orang dulu-dulu tahan lama, walaupun tak pernah berjumpa sebelum bernikah.
Walaupun tidak pernah bercinta, hubungan suami isteri tetap kekal hingga ke anak cucu.

Jika mahu bertanya khabar sekalipun, mereka akan menulis surat, bukan bersemuka.

Ini jawapan yang diberikan oleh seorang ibu Salbiah Wir, dari Kota Singa kepada anaknya ini mungkin anda dah selalu dengar.

Tapi renung-renung kembali jika anda ingin miliki rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.

Tidak ada cinta atau keluar berdua

Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang bercinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.

Tak pergi honeymoon, tapi berkenalan dengan saudara mara

Jika mahukan rumahtangga itu kekal bahagia, kenali keluarganya, saudara maranya. Ianya adalah sangat penting. Bukan selepas ber

Kalau nak bahagia, mesti ada 3 perkara ini

Tambah wanita berkenaan, nak cari bahagia rumahtangga bukan senang. Kena ada 3 perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

Selalu ingat Allah s.w.t

Anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat. Ingat pada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik.

Tiada campur tangan ibu bapa

Sekarang ni ramai ibu bapa jadi penasihat dalam rumahtangga anak-anak. Kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan perceraian.

Semoga manfaat kepada semua.

Sumber: Hanasuva.com

The post Antara Sebab Mengapa Perkahwinan Orang Zaman Dahulu Tahan Lama Dan Bahagia appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...