Pantai timur terutamanya Kelantan dan juga Terengganu sememangnya sinonim dengan pembuka selera budu, bagi mereka budu adalah menu utama yang wajib bagi mereka.
Namun banjir di beberapa tempat di Kelantan membuatkan mangsa banjir di pusat pengumpulan disajikan dengan menu yang sama untuk beberapa hari.
Sajian utama untuk mereka kali ini adalah ayam. Ada orang yang lebih tua merungut kerana makan ayam hampir setiap hari, mereka rindukan makanan harian mereka iaitu budu.
Jika kes terdahulu diaman mangsa banjir dihidangkan dengan sardin hampir setiap hari, ada yang merungut mengatakan lauk tidak sedap dan sebagainya. Tetapi apabila dihidangkan ayam pula, masih ada yang mengadu.
Sebenarnya setiap selera berlainan, bagaimana untuk memuaskan selera semua orang? Sedangkan yang menjadi mangsa banjir bukan sedikit, tetapi ratusan penduduk. Seharusnya mereka bersyukur disediakan tempat tinggal dan juga makanan yang telah disediakan.
Menurut laporan Astro Awani di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2 terdapat beberapa orang mangsa banjir sudah berasa jemu apabila setiap hari menjamah menu berasaskan ayam untuk tiga kali sehari.
“Saya muak dihidangkan dengan menu ayam setiap hari selama empat hari berada di sini hingga saya rasa seperti ayam,” ujar Fatimah Mat Noh 69, kepada pemberita.
Sebagai warga emas, Fatimah merindui lauk pauk ringkas seperti ikan kering dan juga budu dan beberapa orang mangsa banjir yang lain turut mengharapkan perkara yang sama.
Ketua tukang masak pusat pemindahan tersebut, Jamaliah Ibrahim turut mengakui menerima aduan dan pemintaan daripada mangsa banjir tentang rasa jemu mereka itu.
Setiap hari Jamaliah akan memasak lebih 100 kilogram ayam dan 80 kilogram beras untuk mangsa seramai 1,200 orang tersebut.
Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup mengakui pihaknya tidak dapat menyediakan menu ikan kerana ketiadaan bekalan buat masa ini.
Sumber: Vitdaily.com
The post ‘Saya Muak Makan Ayam Setiap Hari, Rasa Diri Sudah Macam Ayam’ – Luahan Mangsa Banjir appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment