Baru-baru ini dilaman sosial telah dikejutkan dengan kemunculan budak perempuan yang masih dalam lingkungan enam tahun yang diberi nama Anastasia Knyazeva yang telah di iktirafkan sebagai kanak-kanak yang tercantik di dunia.
Budak perempuan itu juga memiliki bebola mata berwarna biru dan telah menjadi rebutan ramai pihak untuk menjadikannya sebagai model iklan yang berprestij tinggi.
Tuah seseorang memang kita tak akan dapat diramalkan. Tetapi nasib Anastasia juga telah ditentukan dan dia juga kini telah menjadi rebutan ramai kerana kecantikkan yang dimilikinya.
Ibu kepada budak cantik ini pada mulanya telah membuka sebuah akaun instagram untuk anak perempuannya pada umur Anna masih 4 tahun lagi. Apa yang lebih mengejutkan instagram anaknya itu telah mempunyai sebanyak lebih dari satu juta followers.
Terkini Anna juga telah menjadi model bagi sebuah jenama barangan sekolah di Rusia iaitu Chobi Kids. Pada tahun lalu Anastasia juga telah berjaya terpilih sebagai ‘Little Miss Aoki’ untuk sebuah gedung mewah diaitu Mischka Aoki.
Mari kita lihat beberapa gambar cantik Anna.
Anastasia juga dikatakan bakal mengikuti jejak bekas kanak-kanak paling comel di dunia iaitu Thylane yang berasal dari negara Paris.
Inilah wajah ibu kepada kanak-kanak cantik di dunia
Thylane kini sudah menginjak 16 tahun dan beliau telah berjaya menjadi duta kepada jenama terkenal iaitu L’Oreal Paris dan memperagakan pakaian mewah dari Michael Kors di dalam pertunjukkan Fesyen Minggu di New York.
Memang bertuah kerana kecil-kecil lagi sudah mendapat rezeki yang melimpah ruah. Sebagai bonus mempunyai rupa paras yang cantik dan menjadi rebutan iklan-iklan yang ternama.
Sumber: Hanasuva.com
The post Budak Perempuan Paling Cantik Di Dunia appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment