loading...

Saturday, 9 December 2017

Panas! Antara Dira Abu Zahar Dan Fathia Latiff

Nama Fathia Latiff memang tidak akan pernah lari dari pelbagai kontroversi apalagi setelah dia dengan beraninya memuatnaik satu status di media sosial yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan.

Artis cantik yang berasal dari negeri Pulau Pinang sejak kebelakangan ini sangat aktif dalam menghentam UMNO. Ada segelintir netizen ada yan tidak berapa mengemmari perbuatan dan kelakuan Fathia Latiff.Fathia Latiff atau dengan nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff sangat cenderung terhadap pembangkang UMNO.

Tidak lama dahulu, Fathia Latiff dengan beraninya bertemu secara peribadi dengan bekas perdana menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menyebarkan tentang Dakyah blok pembangkang dan juga kegiatan menghasut rakyat untuk membenci Kerajaan UMNO.

Baru-baru ini telah menjadi berita panas apabila Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia dan juga merupakan artis Malaysia Khaidhirah Abu Zahar telah terkesan dengan sikap Fathia Latiff yang seakan-akan ingin menjatuhkan Parti Umno yang mempunyai sikap matang dan serta merta terus menyindir artis berkenaan secara terbuka.

Perhimpunan Agung Tahunan dan Sayap Pergerakkan yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari ini tadi. Dira Abu Zahar yang kini aktif dalam gerakkan Umno itu terus memerli perangai tidak berakal Fathia Latiff itu.

Dira juga merupakan seorang anak kepada bekas ketua perdana menteri negeri Melaka iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Dira juga turut menyelar perbuatan pelakon yang [penuh dengan kontroversi panas itu terus menerus menyindir artis yang seakan-akan suka mencari perhatian murahan itu secara terbuka semasa dia mengetuai perbahasan Umno berkenaan.

“Jika Fathia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah bantu rakyat seperti Puteri UMNO. Tak perlu kalau sekadar hanya tahu picit butang di telefon pintar,” kata Khaidhirah, 33, dalam ucapannya.

Dalam percakapan beliau itu, dia juga turut menasihati Fathia Latiff supaya duduk diam-diam sahaja jika tidak mempunyai pengetahui tentang politik dan seharusnya dia hanya perlu menumpukan perhatian tentang kerjayanya sebagai pelakon yang tidaklah sehebat manapun. Tidak perlulah sibuk-sibuk untuk mencampuri tentang urusan pihak kerajaan Umno.

Kandungan perbahasan Dira itu juga telah jelas merujuk kepada gerak kerja sayap yang ketika itu sedang dilanda masalah banjir besar di Pulau Pinang pada bulan yang lalu dan telah menyaksikan pihak pembangkang langsung tidak mempunyai apa-apa tindakan dan hanya tahu untuk menyalahkan pihak kerajaan sahaja.

Fathia juga telah memuat naik statusnya di laman instagram yang memuji serta memberikan rasa hormat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dia juga berasa hairan kerana kebanyakkan rakyat telah melupai semua jasa-jasa baik Tun semasa dia masih memimpin negara ini selama 22 tahun dan kini beliau juga semakin dilupai oleh rakyat.

Dikatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah membalas balik menerusi laman Twitter dan mengucapkan terima kasih dan memuji dengan tindakan berani Fathia Latiff kerana dia telah berani untuk menyuarakan pendapatnya. ” Saya kagum dengan keberanian @Fathialatiff.

Walau apapun yang berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia memang mempunyai hak untuk bersuara secara bebas dan menyokong sesiapapun yang kita kehendaki. Seharusnya perkara sebegini diselesaikan dengan cara yang baik agar semuanya tidak akan terjadi perbalahan atau pergaduhan yang besar sesama sendiri.

Sumber: Sehinggit.blogspot.my , Mynewshub

The post Panas! Antara Dira Abu Zahar Dan Fathia Latiff appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...