loading...

Saturday 2 December 2017

Kek Dihiasi 7,777 Biji Kristal Dengan Ketingian 13 Kali Jadi Kejutan Resepsi Mawar dan Raf Yaakob!

Majlis resepsi pelakon cantik Mawar Rashid dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf yang bertema Dekorasi Enchanted Garden berlangsung meriah dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Majlis serba indah itu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Glamweddings by Rizalman.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, rambut (Syuk Qadir) dan henna (Lea Henna).

Sementara itu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob itu turut mengenakan sut rekaan Cosry.

Apa yang paling buat ramai netizen tersentuh,  kejutan kek istimewa dengan kristal Swarovski di majlis resepsi perkahwinan Mawar dan Raf.

Lebih istimewa, Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene menyediakan kek diberi nama, Enchanted Rose dengan setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah.

Lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu sekali gus menjadikan ia sebagai kek perkahwinan tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia

Pada majlis itu, pasangan mempelai diraikan oleh seramai 600 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua belah keluarga mempelai diundang pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsum Abd. Latib dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Majlis dimeriahkan dengan nyanyian oleh salah seorang bakat SukaSucre Creatives, Imran Ajmain selain kejutan persembahan oleh kawan baik Raf yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival Nombor Satu Malaysia, Mood Republic; Kimi Iskandar Ismail, penyanyi, Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley menerusi lagu Kiss From A Rose.

Setiap satu daripada tetamu yang hadir turut memberikan 200 jambak bunga ros kepada pasangan mempelai semasa persembahan khas Fazley itu.

Mawar juga telah membuat persembahan pada malam tersebut, nampak sangat cantik!

Sumber: Kiniviral.bid

The post Kek Dihiasi 7,777 Biji Kristal Dengan Ketingian 13 Kali Jadi Kejutan Resepsi Mawar dan Raf Yaakob! appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...