Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi daya tarikkan seseorang, apabila sebut tentang jodoh, sememangnya jodoh itu adalah rahsia Allah s.w.t. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk berusaha mencari jodoh.
Jika anda masih lagi berseorangan setelah sekian lama, dan sudah banyak usaha untuk menarik perhatian wanita namun gagal, mungkin cara ini berkesan untuk ada, iaitu pemilihan warna baju.
Antara warna yang boleh menarik perhatian wanita ialah warna merah. Ramai lelaki menganggap baju warna hitam buat diri nampak lebih kacak, menarik dan kurus. Nampaknya sangkaan anda salah!
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2010 dan diterbitkan dalam Journal of Experimental Psychology, mendedahkan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai pakaian warna merah. Mungkin kerana warnanya yang sedikit terang membuatkan mata-mata wanita lebih tertumpu kepada warna tersebut.
Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari China, Jerman, Britain dan Amerika itu telah melakukan eksperimen terhadap 21 wanita yang diminta melihat gambar hitam dan putih seorang lelaki dengan latar belakang berwarna merah atau putih dan mengukur betapa menariknya lelaki itu.
Hasilnya, mereka memilih gambar lelaki dengan pakaian latar belakang merah, ia dianggap lebih menarik di mata wanita. Mungkin kerana warna merah itu sendiri mampu menarik perhatian.
Merah telah merupakan simbol seksi dan berani. Dalam budaya masyarakat Cina, warna merah juga merupakan warna untuk nasib dan kemewahan. Jika anda rasa warna-warna gelap itu menarik, anda boleh menukar pendapat itu sekarang dan ubah penampilan anda! Mungkin anda akan cepat dapat jodoh selepas ini.
Sumber: Hanasuva.com
The post Khas Buat Lelaki! Pakai Baju Warna Ini Jika Mahu Cepat Dapat Jodoh appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment