loading...

Saturday, 9 December 2017

‘Pernah Kena Gelak Sebab Tidak Belajar Bersungguh-Sungguh’ – Izzue Islam

Artis kacak yang sering memegang watak utama, Izzue Islam baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya sebelum bergelar seorang artis popular. Rata-rata netizen rasa tersentuh dan mengaguminya.

Izzue berkongsi pengalaman tersebut untuk memberitahu peminatnya bahawa bukan senang untuk dia berada di tempatnya sekarang. Dia juga mengatakan bahawa dia sanggup melakukan apa=apa kerja asalkan ianya halal.

Dia juga turut diperlekehkan oleh saudara-mara dan rakan-rakannya namun, perkara tersebut tidak langsung melemahkan semangatnya.

“Ni aku yang dulu. Masa sebelum aku berlakon. Pakai baju Lacoste tapi bundle punya rm15. Alhamdulillah masa tu dah mampu beli kereta Toyota lama KE10 dengan harga RM1000 kat orang cina ampang. Lesen takda. Tapi aku peduli ape masatu. Pakai sampai tangki air pecah sehinggalah tersadai & sudahnya aku jual kat besi buruk. Nak bagitahu korang yg itulah aku, aku kerja macam2 sebelum aku jadi macam sekarang! Tak kira lah kerja ape pon asal kau bagi aku duit HALAL. Penah kene gelak ngan kawan2 & sedara-sdara katanya masa dulu tak nak belajar betul-betul. anak orang lain habis SPM sambung belajar, aku pulak dok sebok jamming main muzik! sebab tu aku sanggup naik KL untuk tengok konsert KAMI kat bukit Jalil sampailah aku tersangkut kat KL membising ni. Tapi sapa sangka? Allah nak bagi & tarik REZEKI kat seseorng tu tanpa sempadan tau. Kalau niat kau iklhas, kau usaha, doa & kau SABAR, Dia akan bagi. percayalah. Orang yg paling percaya & support aku masa tu sampai lah sekarang mmg aku sayang sampai aku mati! Sapa? Mak Ayah Nenek Abang & Bini aku! #izzueislam”

Rezeki tuhan siapa sangka

Izzue turut berkata jika Allah itu mahu memberi atau menarik rezeki, tiada siapa yang boleh menghalang-Nya. Tambah Izzue lagi, jika niat kita ikhlas, selalu berdoa, usaha dan sabar, percayalah Dia akan bagi.


Izzue juga berterima kasih kepada orang yang telah banyak menyokongnya sedari susah sehinggalah dia berjaya sekarang, iaitu isteri dan saudara maranya.

Sumber: Ohbulan.com

The post ‘Pernah Kena Gelak Sebab Tidak Belajar Bersungguh-Sungguh’ – Izzue Islam appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...