loading...

Saturday, 9 December 2017

Tahniah Tauke Jambu, Selepas Pelbagai Onak Ranjau Yang Ditempuh, Akhirnya Berkahwin

Jika kelmarin pelawak terkenal dari kumpulan Bochey iaitu Abam telah berkahwin, hari ini pelawak yang juga terkenal dengan lawak yang bersahaja iaitu Tauke dari kumpulan jambu akhirnya berkahwin pada hari ini.

Setelah pelbagai ujian melanda sepanjang perhubungannya itu, akhirnya mereka telah mendirikan rumahtangga dengan selamat. Tahniah Tauke!

Majlis pernikahan Tauke Jambu Eksklusif dari Gempak! Selamat Pengantin Baru Tauke.

Posted by Astro Gempak on Friday, 8 December 2017

Menerusi sesi live Astro Gempak, Tauke dan isteri sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Tauke juga menitiskan air mata gembira kerana akhirnya setelah 6 tahun bercinta mereka disatukan.

Tauke mengakui sepanjang menjalinkan ikatan cinta, hubungan mereka sering mendapat ujian, dan Alhamdulillah denga ketabahan isterinya, hubungan tersebut akhirnya hingga ke jinjang pelamin.

Akhir sekali, Tauke mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut Tauke, bukan mudah untuk menjaga amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri. Diharapkan perhubungan kali ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sekitar majlis

Tahniah diucapkan, dan kami doakan semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Aaminn

Sumber: Ohbulan.com

The post Tahniah Tauke Jambu, Selepas Pelbagai Onak Ranjau Yang Ditempuh, Akhirnya Berkahwin appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...