loading...

Saturday, 9 December 2017

‘Saya Minta Maaf Atas Kesilapan Saya, Beri Saya Peluang Kedua’ – Nadzmi Adhwa

Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi lebih dikenali sebagai Nadzmi Adhwa adalah seorang model sambilan dan pelakon dari Malaysia. Nama beliau mula dikenali kerana drama rantaian slot Akasia TV3 Hati Perempuan dengan memegang watak sebagai Tengku Zaqif.

Nadzmi telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti seni seperti menyanyi, berlakon, peragaan (model) dan pengacaraan televisyen sejak dari tahun 2015. Drama Hati Perempuan lakonan beliau yang telah memuncakkan populariti beliau dalam bidang lakonan.

Beliau pernah ditahan reman oleh pihak berkuasa kerana menemui ganja dalam kereta dinaiki di Taman Setiawangsa. Heboh dilaman sosial berkenaan kes tersebut.

“SAYA terperangkap kerana tidak tahu dia sudah lama dalam pemerhatian polis,” kata pelakon Nadzmi Adhwa, 25, ketika sidang media, petang tadi.

Katanya, dia sudah lama tidak bertemu rakan dikenali sejak di sekolah yang mengajaknya keluar minum pada malam kejadian.

“Malam itu kami bertiga menunggu wakil pengurusan yang mahu menyerahkan Al-Quran kepada saya.

“Tiba-tiba polis datang dan menahan kami. Saya rasa bersalah terhadap keluarga kerana adik turut ditahan.

“Saya hanya ditahan reman untuk membantu siasatan dan tidak sampai 24 jam dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Pada 3 November lalu, jam 1.30 pagi, pelakon drama Cinta Roller Coaster itu bersama adik lelakinya dan seorang rakan ditahan selepas polis menemui ganja dalam kereta dinaiki di Taman Setiawangsa.

Kata Nadzmi, sepanjang hidupnya dia tidak pernah terbabit dengan perkara seperti itu.

Katanya, selepas kejadian itu keluarganya menetapkan dia berada di rumah sebelum 10 malam jika tiada urusan kerja.

“Bapa menghantar dan mengambil saya dari kerja ketika penggambaran program RTM baru-baru ini.

“Kejadian itu tidak dijangka dan saya berada di waktu dan tempat yang salah,” katanya.

Nadzmi berkata, kes terbabit menyebabkan dia dan syarikat pengurusannya kerugian RM80,000.

“Saya minta maaf kepada semua atas kesilapan saya. Selepas ini, saya janji masalah seperti ini tidak akan berulang. Harap saya diberi peluang kedua,” katanya.

Sumber: Hmetro.com.my

The post ‘Saya Minta Maaf Atas Kesilapan Saya, Beri Saya Peluang Kedua’ – Nadzmi Adhwa appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...