Pernah Abam Bochey mengumumkan bahawa dia akan mengakhiri zaman bujangnya, tetapi ramai yang berteka-teki bilakah tarikh keramat tersebut.
Nampaknya tidak perlu berteka-teki lagi, Menerusi live di Astro Gempak, Abam melangsungkan pernikahannya awal petang tadi. Kehadiran keluarga kedua belah pihak, serta kenalan rapat memeriahkan lagi majlis itu.
Pilihan hatinya yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor dikatakan sangat bertuah kerana menikahi Abam Bochey. Ramai peminat yang menggagumi Abam Bochey kerana bakat lawaknya.
Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut. Namun jika sudah tertulis jodoh mereka berdua, jauh mana sekalipun sudah pasti akan bertemu semula.
Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak. Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Abam.
Sumber: Ohbulan.com
The post Tahniah, Selamat Pengantin Baru Abam Bocey! appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment