loading...

Saturday, 9 December 2017

Seorang Doktor Melihat Keadaan Tali Pusat Bayi Yang Kelihatan Sungguh Menarik Dan Sesuatu Yang Mengagumkan

Pengorbanan bagi ibu yang mengandung selama 9 bulan ini adalah satu nikmat yang sangat hebat. Apa sahaja yang si ibu alami sepanjang kehamilan itu boleh saja mempengaruhi perkembangan janin.

Sepanjang kehamilan dan juga sebelum bayi itu dilahirkan, kita sedikitpun tidak boleh memandang remeh perkara-perkara kecil sehinggalah bayi itu selamat dilahirkan ke dunia. Dimasa itu tiba si ibu barulah boleh melepaskan nafas penuh dengan kelegaan.

Untuk pwngwtahuan anda, janin juga memerlukan nutrisi yang mencukupi melalui tali pusat. Nutrisi ini juga adalah makanan yang amat penting untuk janin ketika masih di dalam perut si ibu. Tali pusat juga boleh menjadi tanda yang berbahaya untuk keselamatan bayi.

Jika pergerakan janin didapati bergerak terlalu berlebihan dari biasa dan kemungkinan besar tali pusat itu terlilit di leher atau kepalanya dan perkara ini adalah amat berbahaya. Terdapat satu kejadian di Hospital California Amerika yang telah mengalami perkara yang sangat mengagumkan dan ajaib.

Ketika seorang ibu yang sedang melalui proses melahirkan bayinya dalam keadaan yang keletihan dan dia juga telah berjaya melahirkan bayi tercintanya. Saat proses kelahiran itu, bapa kepada bayi berkenaan juga sedang merakam detik-detik kelahiran bayinya dilahirkan dan dialah orang yang paling gembira di saat itu.

Apabila doktor melihat tali pusat bayi berkenaan, malah dia melihat satu simpulan yang sangat sempurna. Bayi tersebut sangat bernasib baik kerana tali pusat itu tidak melilit di tubuh badannya. Jika perkara itu berlaku, sudah pasti perkara buruk yang terjadi pada bayi itu.

Ada segelintir ibu mengandung ini ungkin mempunyai kemungkinan besar akan mengalami perkara seperti kejadian bayi yang dikandung terlilit oleh tali pusat di bahagian lehernya. Mengikut saranan doktor sebenarnya tidak perlu untuk berasa panik.

Apa yang patut dirisaukan adalah keadaan bayi tersebut jikalau ada gangguan masalah pernafasan ataupun tidak. Jika ada mengalami kelainan, semua itu dapat dilihat dari gerak geri janin itu.

Saranan doktor kepada semua ibu-ibu mengandung adalah sentiasa memastikan gerk geri bayi untuk memastikan keselamatan bayi ketika di dalam kandungan.

Semoga ibu-ibu mengandung sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bayi di dalam kandungan selamat sehingga masa dilahirkan nanti.

Sumber: Kamiviral , IniSerius.com

The post Seorang Doktor Melihat Keadaan Tali Pusat Bayi Yang Kelihatan Sungguh Menarik Dan Sesuatu Yang Mengagumkan appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...