loading...

Sunday 21 January 2018

Ini Tanda-Tanda Kanser Pangkal Rahim

Kalau sebut sahaja pasal barah, penyakit yang ditakuti kerana boleh membawa maut jika lambat dirawat dan dicegah. Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin. Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim dan menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim tapi bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.


Tanda-tanda Awal Kanser Serviks

Pendarahan yang tidak normal ini boleh berlaku diantara tempoh haid (contohnya pendarahan banyak semasa haid, atau tempoh haid terlalu lama), selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus, dan selepas membuat pemeriksaan pelvik. Pendarahan ini mungkin berlaku kerana terdapat kapilari yang baru wujud yang tidak normal pecah dan menyebabkan pendarahan.

Antara tanda-tanda lain kanser serviks adalah apabila keluar cecair yang pucat, berair, mungkin berwarna coklat dan bercampur dengan darah keluar melalui faraj. Ditambah pula dengan lelehan cecair yang banyak, berbau dan cecair yang keluar tidak tetap boleh menjadi petanda awal kanser serviks juga. Tapi harus dibezakan dengan cecair keputihan.

Merasa sakit ketika melakukan hubungan seks juga merupakan salah satu tanda berlakunya kanser serviks. Kemungkinan kanser ini telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ pembiakan. Dapatkan rawatan dengan doktor secepat mungkin.

Sakit pada bahagian pelvis merupakan suatu benda yang biasa bagi kaum wanita sewaktu mengalami haid, akan tetapi, sekiranya kesakitan pelvis kerap berlaku, berlangsung dalam tempoh yang lama dan sering berlaku pada masa-masa yang luar biasa (contohnya pada tempoh tiada haid) ia boleh menjadi petanda awal kepada kanser serviks.

Antara ketidakselesaan sewaktu membuang air kecil termasuklah merasa terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala ini berlaku kerana kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan. Akan tetapi tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan juga dengan masalah lain seperti jangkitan salur kencing, masalah pundi kencing, jangkitan yis atau penyakit kelamin.

Sekiranya tempoh haid terlalu lama dan darah banyak keluar tidak seperti sebelum ini, ia juga boleh menjadi petanda kepada kanser serviks. Adalah tidak normal sekiranya anda perlu menukar pad pada setiap 2 jam kerana darah yang keluar terlalu banyak. Akan tetapi pendarahan yang banyak ini juga boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti masalah ketidakseimbangan hormon, fibroid, polip, endometriosis dam sebagainya.

Apabila seseorang itu dah tak boleh kawal untuk membuang air kecil, ia boleh menjadi petanda utama kepada masalah kanser serviks. Kebiasaannya mereka tidak dapat menahan air kecil yang keluar dan air kecil nya keluar berserta dengan darah. Ini kerana kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian-bahagian lain pada saluran kencing.

Apabila kanser mula menyerang badan kita, sistem imun dalam badan akan berkerja kuat untuk melawannya. Ketika ini badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang berkerja untuk memecahkan lemak dalam badan kita pada kadar yang tinggi dari biasa. Bila lemak dipecahkan, berat badan akan menurun dengan mendadak walaupun kita tidak berdiet ataupun bersenam.

Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dan menyebabkan pembengkakkan pada kaki. Akan tetapi bukan bermaksud apabila anda mengalami sakit kaki, anda terus dikaitkan dengan masalah kanser serviks, tetapi harus disertakan tanda-tanda awal yang lain seperti diatas.

Sekiranya anda mempunyai 4-5 tanda-tanda seperti diatas, silalah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, supaya masalah kanser serviks ini boleh dirawat pada peringkat awal. Sangat lah disarankan untuk semua kaum wanita untuk mendapatkan suntikan HPV untuk mengurangkan risiko daripada terkena penyakit ini.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara. Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

“Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari”.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yg lain, wanita yg menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Dua Jenis Barah Yang Berada Di Pangkal Rahim Iaitu

Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

Adenocarcinoma


Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis

PERINGKAT 0

“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain

PERINGKAT I

Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak

PERINGKAT II

Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.

PERINGKAT III

Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.

PERINGKAT IV

Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang membangun

Kadang-kadang penyakit kanser ini jarang menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Sampaikan bila dah teruk, kanser dah merebak ke pundi kencing, hati, usus dan paru-paru, baru lah kita disahkan ada kanser. Waktu tu dah terlambat untuk mengatasinya.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim iaitu pembedahan,rawatan radioterapi dan rawatan kemoterapi.

Kanser Pangkal rahim boleh dikurangkan dengan pengambilan Vaksin HPV (Human Papillomavirus):

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV iaitu penyebab utama kanser pangkal rahim.

Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan intim. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebih dari 26 tahun.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. Di Malaysia terdapat 18 ribu orang mengidap penyakit membunuh ini. Separuh darinya telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan dari awal.

Kita sebagai perempuan haruslah menjaga kebersihan dan jangan sesuka hati melakukan perbuatan sumbang mahram. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Sumber: Siraplimau.com

The post Ini Tanda-Tanda Kanser Pangkal Rahim appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...