loading...

Saturday, 30 May 2020

10 Hidangan Istimewa Aidilfitri Di Pelbagai Negara

Sambutan perayaan aidilfitri menandakan berakhirnya bulan ramadhan, bulan suci Islam. Umat Islam di dunia pasti sangat gembira menyambut lebaran ini. Kalendar Islam didasarkan pada kitaran bulan, jadi tempoh ramadan yang tepat berbeza dari tahun ke tahun, tetapi tahun ini akan berakhir bulan Mei ini dengan kelainan kerana di dalam tempoh pelaksanaan PKP COVID19.

Tetapi, ini tidak menutup warga dunia untuk membuat hidangan lebaran khas di setiap negara. Hidangan yang dihidangkan juga sangat pelbagai. Dipetik dari laman thekitchn.com, mari kita lihat hidangan lebaran khas dari pelbagai negara.

Baras Dahi (India dan Pakistan)

Dahi Baras (India dan Pakistan)
Ilustrasi

Makanan ini dibuat dari kacang tanah dan juga yogur menjadi hidangan wajib semasa aidilfitri di Pakistan dan India. Makanan ini dicirikan oleh rasa masam yang menyegarkan.

Kokoretsi (Turki)

Kokoretsi diproses dari domba atau kambing yang dibungkus dengan usus. Dibakar dengan rempah khas yang menyajikan hidangan sedap. Ia sesuai dimakan ketika berkumpul di hari raya bersama keluarga.

Haleem (Timur Tengah, India, Pakistan, Asia Tengah)

Haleem adalah hidangan seperti bubur yang terbuat dari gandum, lentil dan daging. Apabila Ramadan tiba, hidangan ini menjadi hidangan kegemaran dan biasanya disajikan pada hari lebaran.

Nehari (Pakistan dan India)

Nehari adalah sup dari Pakistan dan India yang terdiri daripada daging yang dimasak perlahan, terutama daging lembu atau domba dan domba, kambing dan ayam, bersama dengan sumsum tulang.

Rendang (Malaysia dan Indonesia)

Nampaknya hidangan satu ini sangat digemari ketika hari lebaran, rendang juga menjadi hidangan wajib di Malaysia. Daging sapi yang dimasak menggunakan santan dan dimasak hingga berwarna coklat sangat menarik untuk dimakan bersama keluarga semasa aidilfitri.

Sheermal (India, Iran, Bangladesh)

Roti rata ini yang rasanya manis dengan rasa safron adalah hidangan yang tidak dapat ditinggalkan semasa aidilfitri di negara ini.

Ras Malai (India dan Pakistan)

Ras malai atau rosh malai adalah pencuci mulut yang sering disajikan di India dan Pakistan. Nama ras malai berasal dari dua perkataan Hindi: ras yang bermaksud “jus” dan malai yang bermaksud “krim”.

Klaichi (Iraq)

Ilustrasi

Kek yang diisi dengan kurma dan campuran dengan air mawar.

Lokum (Turki)

Gula-gula melekit dan manis juga dikenali sebagai bentuk kesenangan bagi warga Turki untuk menyambut hari lebaran.

Meat Pullaos (Asia Tenggara dan India)

Hidangan nasi dan daging dimasak dalam kaldu beraroma khas dari pelbagai negara di Asia Tenggara dan India.

The post 10 Hidangan Istimewa Aidilfitri Di Pelbagai Negara appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...