Muzium Teh Osulloc di Andeokmyeon, Seoguipom City, Korea Selatan, mulai kelihatan sesak ketika ini. Sekatan wilayah kerana pandemik Covid-19 nampaknya mula dilonggarkan.
Selama berminggu-minggu, keterbatasan pergerakan membuatkan ramai orang rasa bosan dengan kehidupan dalam kesendirian. Ini menyebabkan mereka mahu pergi ke sesuatu tempat.
Seperti yang berlaku di beberapa kawasan seperti di Osulloc. Beberapa lokasi pelancongan yang popular turut mulai dikunjungi pelancong. Malah jalan dua arah di Laluan Seongpanak di Taman Nasional Hallasan juga turut dipenuhi dengan kereta ketika pengunjung mendaki gunung.
Terdapat jurang persepsi
Dalam seminggu yang lalu, terdapat hampir 40 ribu pelancong yang datang ke Pulau Jeju. Kembalinya aktiviti pelancongan, memberikan udara segar bagi penduduk tempatan yang ekonomi bergantung kepada pelancongan di Pulau Jeju.
Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 menjadikan keadaan kelihatan lebih rumit. Pelancong yang mula sibuk membuat penduduk juga risau akan kemungkinan terkena virus Covid-19 memandangkan wabak itu belum berakhir.
“Saya rasa masuk akal bahawa penduduk setempat di sini khuatir dengan virus itu kerana lonjakan pelancong,” kata Lee Sun-hwa, ketua Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian Khas Pemerintah Daerah Jeju.
Dia mengatakan terdapat jurang persepsi antara penduduk dan orang yang terlibat dalam industri pelancongan.
“Orang di sektor pelancongan mengalami kesulitan setelah wabak virus Covid-19 kerana penurunan pelancong secara tiba-tiba,” katanya.
“Tidak ada pelancong China atau Korea. Tidak seperti penduduk pulau biasa, orang di sektor pelancongan lebih teruja dengan kedatangan pelancong yang mengunjungi Jeju lagi,” kata Lee.
Mempunyai kelebihan yang tidak seimbang
Terdapat beberapa restoran berhampiran Muzium Teh Osulloc, tetapi banyak yang ditutup minggu lalu. Perniagaan ini berkembang secara bertentangan dengan nasib buruk restoran kecil lain yang menjual ikan dan sushi di seberang jalan. Perniagaan di sana perlahan. Tidak ada pelanggan.
Bagi pelancong di Jeju, lokasi yang selesa bukan merupakan kriteria yang perlu dipertimbangkan ketika memutuskan tempat untuk dikunjungi.
Kedai dua tingkat di Seoguipo City menunjukkan trend bahawa pelancong yang lebih muda lebih suka trekking di pulau itu.
Di Pulau Jeju, virus Covid-19 telah menjadi ujian terbesar bagi mereka yang berada di sektor pelancongan. Sementara itu, wabak itu nampaknya memberikan cara baru untuk berniaga.
Apabila pelancong mula pilih-pilih dengan tujuan tempat mereka berkunjung, penduduk juga mula berusaha menyesuaikan diri dengan corak yang berubah ini. Bersumberkan dari laman m.koreatimes.co.kr
The post Penduduk Pulau Jeju Khuatir Jangkitan Covid-19 Ketika Pelancongan Dibuka appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment