loading...

Friday 17 February 2023

“B40 Diberi Makanan Low Quality,” – Adakah Program Menu Rahmah Tidak Jamin Kesihatan?

Program Menu Rahmah menjadi bualan netizen selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkannya.

Inisiatif Menu Rahmah ini telah melibatkan 15,000 premis menjual makanan dan pogram ini dilancarkan bermula 31 Januari lepas.

Kenapa Wujudnya Program Menu Rahmah?

Langkah ini untuk bantu golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap dimasak untuk tengahari atau malam dengan harga yang berpatutan.

Harga yang ditawarkan adalah RM5.00 ke bawah yang merangkumi nasi, seketul ayam atau seekor ikan dan sayuran.

Sejauh ini, inisiatif ini telah diterima dengan baik oleh orang ramai dan mereka memuji usaha yang tepat pada masanya memandangkan harga barang banyak naik.

Menu Rahmah Ada Untung RM1.50 – RM2.00,”

Untuk pengetahuan semua, sebelum melaksanakan program ini, pihak kerajaan telah pun mengambil kira semua aspek.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh dalam laporan Berita Harian, dia berkata program ini bersifat menang-menang, sekali gus memanfaatkan pengguna dan peniaga.

Malah, daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

Ada juga peniaga berkongsi cara mereka mencuba tolak tambah lauk dan sayur yang boleh menyediakan harga RM5 untuk sepinggan hidangan.

“Restoran mengalami kerugian,”

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan inisiatif program ini. Kami memetik petikan dari Harakah Daily.

Pandangan lain mereka adalah program ini memberi kesan kepada peniaga kerana kenaikan harga bahan asas kemudian kerajaan meminta restoran mengurangkan keuntungan dengan menyediakan menu berharga RM5.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian menemubual seorang peniaga sebuah restoran di Alor Setar, Hashim Abdullah.

Dia berkata, kerajaan perlu memastikan bekalan dan harga barangan di pasaran terkawal bagi membolehkan Menu Rahmah dapat diteruskan.

Ini kerana peniaga tidak tahu sampai bila boleh tawarkan menu ini jika harga barang mentah naik dan gagal dikawal dengan baik.

“B40 diberikan bekalan makanan low quality dan sampai terdedah isu kesihatan,” Doktor Perubatan

Dalam pada masa yang sama, ahli parlimen pembangkang, Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang merupakan doktor perubatan mempersoalkan kualiti Menu Rahmah.

Akan timbul kesan negatif pada kesihatan rakyat B40 memandangkan jika harga murah diletakkan, jadi peniaga akan beri kualiti makanan yang bermutu rendah.

Ekoran kenyataan itu, seorang doktor perubatan Dr Khairul Hafidz menyelar kenyataan MP Kapar menrusi ciapan twitter akaun miliknya.

Menurutnya, dari pengamatannya beliau melihat Menu Rahmah sudah mencukupi dari segi protein, karbohidrat dan sayuran.

Malah, memepersoalkan dari bahan bacaan yang mana makanan low quality boleh terdedah dengan autism?

Kawasan terkini yang ada menu rahmah

Apa pun, mungkin ada yang masih tertanya-tanya dimanakah restoran yang menyediakan Menu Rahmah ini?

Anda boleh dapati hidangan Menu Rahmah ini di Mydin, di restoran atau premis yang mempunyai pelekat atau simbol Menu Rahmah dan 12,500 restoran mamak di seluruh negara

Untuk butiran terperinci kedai makan yang menyediakan menu rahmah, anda boleh lihat ciapan twitter dan gambar rajah di bawah.

0 comments:

Post a Comment

loading...