loading...

Tuesday 31 January 2017

PANAS AKHIRNYA BOY IMAN TAMPIL JAWAB ISU PHD TAK DIIKTIRAF INI KISAH SEBENAR YANG MENGEJUTKAN

black-wallpaper-1%2B%25282%2529.jpg

Pertama kali dalam sejarah hidup Abang Nara mendengar perkara seperti ini berlaku. Bak kata orang, theres always first time for everything. Adakah anda masih ingat tentang Dato Boy Iman yang menerima PhDnya pada tahun lepas? Ramai yang mempertikaikan pemberian ijazah tersebut lebih-lebih lagi apabila melihat gambar konvokesyen yang agak pelik dan menimbulkan persoalan. Namun Dato Boy Iman ada jawapannya tersendiri.

boy2.jpg?w=584&ssl=1

Menurut Boy Iman, ijazah doktor kehormat itu sepatutnya diterima oleh penasihat syarikatnya. Namun oleh kerana sebab-sebab tertentu, dia telah menerimanya bagi pihak penasihat syarikat. Malah Boy Iman telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk tesis serta tugasan lain bagi memenuhi keperluan ijazah tersebut. Kata Boy Iman:-

Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

”Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor kehormat.

”Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu”.

boy.jpg?w=584&ssl=1

Secara jujurnya, Abang Nara tak pernah tahu yang kita boleh menerima ijazah kedoktoran bagi pihak lain. Mungkin ada pihak yang lebih arif mengenai hal ini boleh berkongsi pendapat. Mana tahu memang dibenarkan. Apa-apa pun, semoga dengan gelaran doktor ini, kehidupan Dato Boy Iman akan lebih maju dan terus utuh. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

Sumber asal: Beautifulnara

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...