loading...

Monday, 8 May 2017

10 Tanda Wanita Dicintai Oleh Jin Jantan Miang

Jin merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Jin mempunyai jenis kelamin yang sama seperti manusia iaitu lelaki dan perempuan. Bahkan mereka juga memiliki perasaan dan mempunyai rasa cinta selayaknya seorang manusia. Malah ada di kalangan jin yang menyukai dan jatuh cinta pada manusia.

Walaupun kewujudannya tidak dapat dilihat, jin tetap boleh jatuh cinta kepada manusia. Setelah jin jatuh cinta kepada seorang manusia, maka ia akan terus berusaha untuk mendapatkan manusia itu, sama seperti manusia yang memperjuangkan orang yang dia cintai.





Benarkah jin boleh mencintai manusia? Jika benar, bagaimanakah cara untuk mengetahuinya? Sebenarnya terdapat tanda-tanda yang dapat dikenali pada sseeorang wanita andai dia dicintai oleh jin jantan. Mari kita kupas satu-persatu tanda-tanda tersebut yang dipetik dari pelbagai sumber.

Sering Bermimpi Didatangi Oleh Seorang Lelaki
Wanita yang dicintai oleh jin biasanya sering bermimpi didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki dalam mimpinya merupakan seseorang yang dikenali seperti sahabat atau boleh jadi juga seseorang yang tidak dikenali. Paras rupa lelaki dalam mimpi itu kelihatan lebih menarik dan tampan. Dalam mimpi itu seorang wanita mungkin hanya berpandangan sahaja atau sekadar berkenalan dengan lelaki tersebut, namun ada juga yang sampai ke tahap bercinta malah melakukan hubungan badan dengannya.

Sekiranya jin jantan yang menyukainya adalah jin saka maka seorang wanita akan didatangi dalam mimpi oleh seorang lelaki sejak dirinya masih kecil dan wanita yang mengalami hal ini sangat susah untuk melepaskan diri dari jin itu kerana perasaan cintanya yang sangat mendalam.

Didatangi Makhluk Yang Ganjil
Wanita yang dicintai oleh jin jantan biasanya didatangi oleh suatu makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali, atau bahkan seseorang yang mirip dengan suaminya. Kehadiran makhluk ini boleh terjadi ketika seorang wanita dalam keadaan terjaga, sama ada sedar atau dalam keadaan tidak sedar. Rupa makhluk ini sangat menarik dan memukau sehingga membuatkan ramai wanita yang tergoda dan bahkan telah melakukan hubungan intim dengannya.

Ada Sesuatu yang Bergerak Pada Bahagian Kemaluan
Salah satu tanda seorang wanita dicintai oleh jin adalah di bahagian kemaluannya seperti ada sesuatu yang bergerak sehingga menimbulkan rasa gatal dan bahkan menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Perkara inilah antara yang menjadi menyebabkan seseorang wanita suka melakukan hubungan seks bebas kerana nafsu syahwatnya yang tiba-tiba memuncak.

Mudah Jatuh Cinta Kepada Setiap Lelaki
Seterusnya, tanda jin jatuh cinta pada seorang wanita adalah wanita tersebut akan mudah jatuh cinta kepada setiap lelaki yang dijumpai walaupun telah memiliki suami. Perkara ini dapat mengakibatkan seorang wanita melakukan kecurangan atau berhubungan sulit dengan lelaki lain.

Ada Sesuatu Yang Bergerak Di Atas Badan
Selalu atau kadang-kadang merasakan seperti ada sesuatu yang aneh berjalan di atas tubuh badan anda. Jika seorang wanita pernah merasakan ada sesuatu atau benda yang bergerak di atas tubuhnya, maka bererti wanita itu telah dicintai jin.

Merasa Seperti Sentiasa Ada Yang Mengintai
Seseorang perempuan yg dicintai oleh jin jantan dapat merasakan seperti selalu diperhatikan atau diintai oleh seorang lelaki dari kejauhan dalam setiap gerak-gerinya.
Malas Menunaikan Solat
Tanda lain seorang perempuan dicintai oleh jin ialah akan merasa malas untuk menunaikan solat dan setiap kali hendak menunaikan ibadah ini selalu sahaja ada halangannya dan kadang-kadang sengaja melewat-lewatkan solat. Lebih teruk lagi bahkan wanita itu sengaja untuk meninggalkan ibadah solat ini.

Badan Merasa Lemah
Seseorang wanita yang dicintai jin akan merasa lemah tanpa sebab yang munasabah dan bahkan tubuh badan wanita tersebut akan selalu berasa lemah seolah-olah sangat keletihan padahal dia tidak melakukan sebarang aktiviti yang menggunakan tenaganya.

Mengalami Masalah Ketika Tidur
Wanita yang dicintai jin akan mengalami masalah dalam tidurnya dan ketika bangun pada pagi keesokan harinya badan terasa lemah dan letih. Padahal jika ikut logiknya tubuh badan akan terasa lebih baik dan segar setelah bangun dari tidur.

Sakit Di Bahagian Kepala
Tanda terakhir seorang wanita yang dicintai jin jantan adalah beliau kadang-kadang akan mengalami rasa sakit pada bahagian kepala dan sakit kepala ini boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang jelas.


Inilah beberapa maklumat yang terkumpul berkenaan tanda-tanda seorang wanita dicintai oleh jin jantan sehingga anda dapat merasakan sendiri adakah diri anda termasuk dalam golongan wanita yang dicintai oleh jin. Semoga artikel ini memberi pengetahuan dan manfaat kepada kita semua.

0 comments:

Post a Comment

loading...