Seorang wanita Loius Slemp berusia 62 tahun dari Wise, Virginia Amerika Syarikat menyaman syarikat gergasi produk kesihatan Johnson & Johnson
Slemp disahkan menghidap kanser Ovari pada 2012. Beliau mendakwa masalah kesihatan yang dihidapinya ini berpunca dari penggunaan bedak bayi Johnson & Johnson selama 40 tahun.
Pihak juri perbicaraan telah membuat keputusan supaya syarikat Johnson & Johnson membayar pampasan sebanyak USD110.5 JUTA ( RM479.5 JUTA ) kepada wanita malang ini. Jumlah pampasan ini merupakan satu rekod nilai saman terbanyak yang harus di bayar oleh pihak syarikat Johnson & Johnson setakat ini.
Kes ini merupakan kes 4 seumpamanya di mana pengguna berjaya memenangi kes saman dan mendapat pampasan dari Johnson & Johnson
Syarikat gergasi berusia 131 tahun ini menghadapi 2000 kes saman atas dakwaan gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko penggunaan produk berasaskan talkum yang di keluarkan mereka.
Sumber:
Jury-awards-record-setting-110-5M-baby-powder-lawsuit
baby-powder-cancer-talcum-johnson-woman-lawsuit
j-j-hit-with-110-million-verdict-in-baby-powder-suit
0 comments:
Post a Comment