loading...

Thursday, 11 May 2017

Berkat Tidak Merungut, Tidak Kedekut, Jaga Kebajikan Orang Tua, Alhamdulillah Rezeki Suami Sentiasa Bertambah & Tak Pernah Putus



Salam warga KRT, saya cuma nak berkongsi sesuatu yang negatif bertukar menjadi positif. Okay, sebelum kahwin, kami bercinta selama 9 tahun. Sekarang dah kahwin 3 tahun. 

Masa itu suami kerja biasa dengan gaji RM20/RM30 sehari. Dari awal perkenalan itulah gaji dia. Ada sebuah motosikal, solat pun tunggang langgang (bekas mat rempit). Saya pula bukan seorang yang bersosial. berlawanan dengan dia. 

Masa nak kahwin, niat saya memang nak membimbing dia. Jadi selalu bangun malam, doakan dia berubah seandainya dia jodoh saya. Kami sama-sama pasang niat nak berkahwin untuk mendapatkan redha Allah. 

Saya seorang yang bekerjaya dan gaji RM6,000+, suami pada masa itu RM1,5000 sebulan. Tetapi suami minta saya duduk di rumah, tak dibenarkan bekerja kerana saya mengalami alahan mengandung sampai 9 bulan. 

Saya ada simpanan tetapi suami tidak pernah usik. Kami hidup ala kadar tetapi setiap hari saya tidak lupa solat dhuha, baca surah alwaqiah, berdoa untuk murahkan rezeki kami. Suami mula solat jemaah di masjid. 

Selepas lahir anak pertama, kehidupan kami mula berubah. Kami berpindah daripada rumah mertua dan menyewa bilik kecil sebab saya tidak selesa. Masa itu suami takut tidak mampu. Saya yakinkan suami.

 Kita ada Allah. Bahagiakan hati isteri, Allah akan tolong nanti. Percayalah…

Selama dua tahun kami duduk di situ. Dalam bilik itulah kami memasak. Tetapi saya sentiasa pastikan semuanya dalam keadaan kemas. Selepas itu, Allah beri rezeki yang tidak putus. Suami mula berniaga dan dapat pendapatan lima angka. Sekarang sudah menyewa rumah lain yang lebih selesa memandangkan saya sedang mengandung anak kedua. InshaAllah nanti boleh buat rumah sendiri pula. 

Daripada duit itu, saya beli keperluan rumah (barangan dapur kering), bayar bil, kereta, roadtax, keperluan anak, insurans kami tiga beranak, bagi ibu bapa dia RM1,000 sebulan tak termasuk bil api dan air rumah. 

Duit lebih itu, suami cakap nafkah saya. RM1,000-RM2,000. Kalau pergi jalan-jalan atau shopping, suami akan hulur duit lain. Barang basah suami yang belikan. Duit lebihan income suami dijadikan simpanan. Kami tiada hutang melainkan loan kereta dan PTPTN saya. 

Sekarang kami sudah mampu membeli kereta yang lebih selesa. Apa yang kami suami isteri amalkan, jangan merungut, mengungkit. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, Allah pemilik hati kita. Bila kita tidak suka dengan perangai suami atau isteri, mohonlah pada Allah terbalikkan. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 

Saya berhenti kerja niat Allah beri rezeki melalui suami saya. Alhamdulillah Allah makbulkan. Walaupun tahun pertama kahwin menempuh pelbagai dugaan yang mendatang, cuma kita tidak boleh berputus asa. 

Sekarang saya buat perniagaan online sambil duduk di rumah. Suami atau isteri masing-masing tidak sempurna. Doa adalah senjata yang paling berkesan. Balik kepada Allah dan Allah akan tolong tidak kira siapa kita dahulu. Dan kelebihan suami tidak kedekut serta menjaga kebajikan orang tua, rezeki sentiasa bertambah dan tidak pernah putus. 

Tidak lama lagi saya akan bersalin anak kedua, doakan saya selamat semuanya ya. Yang positif kita jadikan amalan. 
Sumber: The Reporter

Sumber : sehinggit

0 comments:

Post a Comment

loading...