Rungutan yang selalu kita dengar oleh kebanyakan orang Malaysia. Adakah ini realiti atau persepsi? Sama-sama kita semak.
Jumaat lepas Jabatan Perangkaan Negara Department of Statistics, Malaysia mengeluarkan sebuah laporan tahunan iaitu Laporan Penyiasatan Gaji & Upah 2016. Laporan ini berdasarkan gaji & upah yang diterima oleh 10.2 juta pekerja di Malaysia.
Menurut laporan tersebut purata gaji bulanan pekerja di Malaysia pada tahun 2016 adalah RM2,463 manakala penengah (median) gaji pekerja di Malaysia adalah RM1,703. Kedua-duanya meningkat sejumlah 6.3% dan 6.2% masing-masing berbanding tahun 2015.
Pada tahun yang sama, kadar inflasi meningkat sejumlah 2.1%. Jadi kenaikan gaji sebenar (kadar kenaikan gaji tolak dengan kadar inflasi) adalah sekitar 4%.
Statistik menunjukkan bahawa kadar kenaikan gaji lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga barang (inflasi).
Kakitangan kerajaan contohnya terima kenaikan gaji tahunan (KGT) setiap tahun pada kadar tertentu mengikut gred. Mereka yang bergred 41 terima kenaikan sejumlah RM225 setiap tahun, mereka yang bergred 19 mereka terima kenaikan sejumlah RM100 setiap tahun.
Kakitangan swasta kebiasaannya diberi kenaikan gaji mengikut prestasi tahunan yang dinilai oleh majikan setiap tahun termasuk prestasi syarikat seperti keuntungan dan juga prestasi pekerja itu sendiri.
Jikalau anda pekerja swasta tak terima kenaikan gaji mungkin anda perlu semak prestasi kerja anda, tingkatkan produktiviti, cari jalan bagaimana tambah keuntungan syarikat.
Majikan pula, jika keuntungan lebih, reward pekerja dengan bonus dan kenaikan gaji untuk mereka jadi lebih produktif.
Laporan ini mengesahkan bahawa ekonomi Malaysia dan pasaran buruh tempatan terus berkembang setiap tahun. Pekerja tak kira kerajaan mahupun swasta menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara dengan mendapat kenaikan gaji.
Ia juga menghapuskan mitos gaji di Malaysia tak naik naik dan juga telahan bahawa harga barang naik lebih tinggi daripada gaji.
Kalau dengan kenaikan gaji masih tidak cukup, mungkin kita sendiri kena semak gaya hidup masing-masing. Orang melayu kata besar periuk, besarlah keraknya.
Rujukan:
1. Laporan Penyiasatan Gaji & Upah 2016: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=157&bul_id=U3JoKzFiekE5WFFKK0VMRWQ0a2FDQT09&menu_id=U3VPMldoYUxzVzFaYmNkWXZteGduZz09
2. Kadar Inflasi Tahunan Malaysia: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2017/3/xls/3.5.9.xls
Perkongsian di laman Facebook oleh Syahir
0 comments:
Post a Comment