loading...

Monday 8 May 2017

GEMPAR !!! Kebangkitan Bangsa Eropah Masuk ISLAM Beramai-Ramai !!!

GEMPAR !!! Kebangkitan Bangsa Eropah Masuk ISLAM Beramai-Ramai !!! | Keganasan yang berlaku baru-baru ini di Perancis dan demonstrasi di Jerman menarik perhatian baru terhadap perkembangan umat Islam di Eropah. Di kebanyakan negara Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom dan Belanda, kebimbangan terhadap umat Islam yang semakin meningkat hingga ada sesetengah pihak mula mendesak kerajaan mereka mengenakan langkah sekatan imigresen. Namun sejauh mana besarnya populasi umat Islam di Eropah hingga membimbangkan penganut agama lain serta berapa cepat ia berkembang?

Keganasan yang berlaku baru-baru ini di Perancis dan demonstrasi di Jerman menarik perhatian baru terhadap perkembangan umat Islam di Eropah. Di kebanyakan negara Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom dan Belanda, kebimbangan terhadap umat Islam yang semakin meningkat hingga ada sesetengah pihak mula mendesak kerajaan mereka mengenakan langkah sekatan imigresen. Namun sejauh mana besarnya populasi umat Islam di Eropah hingga membimbangkan penganut agama lain serta berapa cepat ia berkembang?

Ahli Demografi Pew Research Centre, Conrad Hackett, yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat menggunakan anggaran terbaru penduduk untuk mengetengahkan lima fakta mengenai saiz dan komposisi penduduk Islam di Eropah. 1 – Jerman dan Perancis mempunyai penduduk Islam terbesar di kalangan negara anggota Kesatuan Eropah. Sehingga 2010, terdapat 4.8 juta umat Islam di Jerman (5.8 peratus daripada penduduk negara ini) dan 4.7 juta umat Islam di Perancis (7.5 peratus). Secara keseluruhan di Eropah, 14 juta penduduk Rusia adalah umat Islam (10 peratus daripada populasi penduduk Rusia), terbesar di benua itu.

Populasi umat Islam berbanding jumlah penduduk di Eropah meningkat dengan begitu ketara. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, umat Islam jika dibandingkan dengan penduduk Eropah telah meningkat kira-kira satu mata peratusan bagi setiap dekad iaitu daripada empat peratus pada 1990 kepada enam peratus pada 2010. Corak peningkatan dan perkembangan ini dijangka berterusan sehingga 2030, ketika umat Islam dijangka membentuk lapan peratus daripada jumlah penduduk Eropah.

Usia bagi umat Islam di Eropah rata-rata lebih muda berbanding penganut agama lain. Pada 2010, rata-rata umur orang Islam di seluruh Eropah adalah 32 tahun, lapan tahun lebih muda daripada purata usia orang Eropah iaitu 40 tahun. Rata-rata umur bagi penganut agama lain serta mereka yang tidak mempunyai agama adalah 37 tahun. Umur bagi golongan pertengahan penganut Kristian pula ialah 42 tahun.

Pandangan dan pendapat mengenai umat Islam di seluruh Eropah pula didapati dibuat secara berbeza-beza. Satu kajian yang dilakukan oleh Pew Research pada musim bunga lalu mendapati bahawa majoriti pendapat penduduk Perancis, United Kingdom dan Jerman mengenai umat Islam adalah baik dan menggalakkan. Pendapat juga diberi secara meluas di Sepanyol, manakala pendapat agak negatif wujud di Itali, Greece dan Poland berikutan isu negatif yang dimainkan. Pandangan mengenai Islam terikat kepada ideologi. Sementara itu 47 peratus rakyat Jerman yang berhaluan kanan memberi penarafan tidak memuaskan kepada umat Islam, manakala 20 peratus lagi adalah penduduk berhaluan kiri.

Pada 2010, Kesatuan Eropah menjadi ‘rumah’ kepada kira-kira 13 juta pendatang Islam. Penduduk Islam asing yang dilahirkan di Jerman, terutamanya adalah pendatang Turki, selain dari Kosovo, Iraq, Bosnia-Herzegovina dan Maghribi, manakala tiga juta umat Islam asing yang dilahirkan di Perancis pula sebahagian besarnya pendatang yang berasal dari tanah jajahannya seperti Algeria, Maghribi dan Tunisia. Islam: Agama yang Berkembang Paling Pesat di Eropah TERNYATA kini banyaknya buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris. Lalu dicatat oleh Profesor John Esposito: “Ramai percaya bahawa pada peringkat pertengahan pertama abad ke-21 Islam akan menjadi agama kedua terbesar di Amerika. Beliau ialah Ketua Editor Oxford Encylopedia of the Modern Islamic World dan  The Oxford History of Islam. Menurutnya kira-kira enam juta warga Islam di Amerika kini lebih ramai dari golongan Episcopalian. Lebih 2,100 masjid dan pusat-pusat Islam telah dibina di serata tempat di Amerika di pekan-pekan kecil dan perkampungan serta bandar-bandar besar. Ini kerana warga Islam telah berada di Amerika sejak abad ke-19 lagi. Kedatangan mereka dari waktu Columbus termasuk golongan Moriscos (Islam Sepanyol) selain dari hampir 20 peratus hamba abdi Afrika walaupun ada yang kemudian dipaksa masuk agama Kristian. Yang lain ialah warga India dan Arab. Masyarakat Islam paling ramai kini ialah di New York, Boston, Chicago, Los Angeles, Houston, Detroit dan Toledo. Pelbagai hal mengenai kehadiran mereka kian terserlah berikutan peristiwa-peristiwa termasuk revolusi Iran, Perang Teluk Parsi dan peristiwa-peristiwa di Pakistan.

Sementara itu bilangan warga Islam di Eropah Barat telah meningkat daripada 10 hingga 15 juta. Paling ramai ialah di negara Perancis, Jerman dan Britain. Bilangan kecil ialah di negeri Sepanyol, Belanda, Sweden, Denmark, Norway dan Austria.Paling ramai warga Islam di Eropah ialah di negeri Perancis sejumlah lima juta. Masjid-masjid besar telah dibina di Paris dan Lyons. Bilangan warga Islam di Britain pula hampir dua juta dan lebih 600 masjid telah pun dibina. Berbanding keadaan di Perancis dan Jerman yang ramai warga Islam tidak berhak mengundi dalam pilihan raya, warga Islam dari negara-negara Komanwel mendapat kerakyatan British Profesor Esposito ialah sarjana pengajian Islam dari pengarah pusat persefahaman Islam- Kristian di Universiti Georgetown. Beliau juga mendalami perbezaan di antara golongan Sunni dan Syiah dengan beberapa mazhab imam-imamnya. Pentafsir.Disiarkan dalam akhbar Times, London baru-baru ini ialah iklan jualan apartmen di Mekah dari satu hingga tiga bilik yang darinya bilik boleh dilihat ke Kaabah. Iklan tersebut untuk makluman warga Islam di Britian, antara lainnya. Menyertai Profesor Esposito sebagai pakar Islam ialah T.B Irving (Haji Ta’Lin Ali), pentafsir Quran dan Gai Eaton, lulusan Universiti Cambridge dengan bukunya berjudul Islam and the Destiny of Man.

Dari dunia timur pula ialah Historical Developments of Islam in China. Antara lain catatan mengenai 35,000 masjid di serata negara China. Di ibu kota Beijing saja terdapat 64 masjid.Antara masjid paling tua ialah di Guangzhou, selatan China yang dibina pada abad ketujuh. Menurut banci 1990, jumlah warga Islam China lebih 17 juta, tetapi punca-punca lain menyebut jumlah mereka sebenarnya antara 30 hingga 50 juta. Menurut laporan Wikipedia, agama Islam tiba di negara China melalui seorang yang dihantar oleh Saidina Othman. Perkampungan Islam pertama wujud terdiri dari warga Arab dan para peniaga Parsi.Warga Islam menduduki pelbagai wilayah. Sebilangan kemudiannya menunaikan fardu haji antara abad ke-15 hingga abad ke-18. Bilangan mereka meningkat hingga 10,700 pada tahun 2007. Menurut laporan pada bulan April 2001, kerajaan menubuhkan Persatuan Islam China untuk membantu menggalakkan pelajaran membaca al-Quran”. Ia dikendalikan oleh 16 pemimpin Islam yang ditugas mengawasi pelaksanaan syariah-syariah Islam.Antara keistimewaan yang diluluskan bagi warga Islam ialah yang berikut l Di daerah-daerah yang warga Islam majoriti, pemeliharaan babi tidak diizinkan l Tanah-tanah perkuburan khas bagi warga Islam. l Perkahwinan melalui imam dan cuti bagi para pekerja pada hari-hari kebesaran Islam. l Izin untuk menunaikan haji ke Mekah. Dalam pada itu banyak restoran mengadakan hidangan makanan halal. Dalam bahasa Cina terjemahan perkataan halal ialah qingzhen cai. Laporan-laporan yang terbit ialah mengenai warga Islam yang minoriti di dunia Barat dan Timur iaitu sebahagian dari para ummah. Jelas bahawa mereka menghadapi ujian, cabaran dan ada kalanya penindasan dengan keteguhan iman.

Semakin Islam ditekan, semakin Islam diterima di negara-negara barat. Hari Pembakaran Al-Quran Sedunia yang dicetuskan dalam memperingati runtuhnya World Trade Centre, New York, misalnya mencetuskan gelombang kebangkitan Islam di sana secara senyap. Sebuah akhbar di Amerika, “An-Niqab”, telah menyiarkan bahawa Islam tersebar dengan begitu cepat di kalangan berbagai keturunan dan kelompok etnik masyarakat Amerika, seperti Puerto Rico, Dominica, Mexico, Cuba, dan Sepanyol. Hampir 35% dari mereka adalah pelopor Pusat Islam Hudson Utara di kawasan New Jersey. Akhbar Amerika “New York Times” menyebutkan: “Sebahagian besar dari mereka yang masuk Islam di Amerika Syarikat adalah dari komuniti Hispanik (keturunan Sepanyol). Bahkan hasil daripada kajian, hampir 200 000 orang Hispanik masuk Islam di Amerika setiap tahun. Dan di antara mereka adalah Musa Franco, keturunan Colombia dan dia telah memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.” Akhbar tersebut menambah: “Miriam Celeste telah memeluk Islam pada tahun 2002, dan dia sedang merancang untuk memakai pakaian dengan mengikuti fesyen masa kini, namun tetap dengan ukuran Islam.” Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa seorang Muslimah bernama Rodriguez yang telah memeluk Islam pada tahun 2000 memutuskan untuk memakai niqab dan menjadi seorang Muslimah yang taat.

Kini umat Islam di Amerika sudah mencecah 2 juta orang daripada 310 juta keseluruhan rakyat Amerika. Islam semakin berkembang dengan begitu meluas di Amerika Syarikat. Sebelum ini, pemain billiard terkenal dunia, David John mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut. David pernah menjadi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003. Sebelum ini juga, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu. Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas Perdana Menteri Britain itu.  “Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram,” katanya kepada akhbar The Mail. Ipar tiri Tony Blair, Lauren Booth, ternyata tidak sendirian memilih Islam sebagai agama barunya sekembalinya melawat kota suci Qom, Iran.

Pilihan iman wartawan dan penyiar television Iran itu rupanya juga diikuti sejumlah perempuan moden Britain lainnya. Eve Ahmed, perempuan yang bertugas sebagai penulis adalah di antara yang dimaksudkan. Eve dilahirkan di London, ibunya orang Inggeris sementara ayahnya Muslim berasal Pakistan. Pernah memberontak kerana dipaksa ayahnya untuk mengamalkan cara hidup muslim, namun akhirnya dia sendiri yang jatuh hati kepada Islam selepas diberi hidayah. Kristane Backer pula, 43 tahun, adalah bekas pengacara MTV di London. Sejak belia, pilihan hidupnya adalah menjadi perempuan bebas, bergaya hidup Barat, modern, dan liberal. Namun, apa alasannya memilih Islam? Perkenalannya terhadap Islam bermula saat bertemu dengan bekas pemain kriket Pakistan, Muslim Imran Khan, pada 1992, di kala kariernya meroket, selanjutnya pemuda itu mengajaknya ke Pakistan. Dari sinilah dia mulai tersentuh dengan nilai-nilai spiritual yang tak pernah dirasai dan terkesan dengan kehangatan masyarakat. Lyne Ali, 31 tahun. Perempuan asal Dagenham, Essex, pertama kali bersentuhan dengan Islam melalui sahabatnya beragama Islam. Dia mengaku selama ini merupakan tipikal perempuan yang suka berpesta. Namun ketika bertemu dengan sahabatnya, Zahid, di universiti atau kadang-kadang dalam suasana dramatis. Lalu, “Saudara perempuannya berbicara tentang Islam, dan hal tersebut meresap dalam kalbu saya. Saya fikir, saya harus mencari sesuatu dan saya merasa kebiasaan saya mabuk dan berpesta tak ada gunanya. Lynne pindah agama pada usia 19 tahun. “Saat itu juga saya mengenakan jilbab,” jelasnya. Sekarang, “Saya tak pernah lagi mempertontonkan rambut saya di depan awam. Di rumah, saya akan mengenakan pakaian Barat hanya untuk suami, tapi kalau keluar tak pernah.”

Camilla Leyland, 32 tahun. Guru yoga ini tinggal di Cornwall memilih Islam sebagai agama baru. Ibu dari anak tunggal, Inaya, memeluk Islam di tengah maraknya diskusi soal “feminisme” di Barat. Membesar di Southampton, ayahnya seorang pengarah Institut Pendidikan Shoutampton dan ibunya guru ekonomi. Camilla tertarik pada Islam sejak di bangku sekolah. Kenal Islam melalui kawan-kawan. Manakala populasi muslim di UK meningkat sekitar 2.5 juta orang di antara tahun 2004-2008. Semakin hari, semakin bertambah ramai yang minat tentang Islam. Sehinggakan dari laporan, ada Sekolah Dasar Katolik Sacred Heart di Blackburn, United Kingdom bakal menjadi sekolah Katolik pertama yang akan bertukar menjadi sebuah sekolah Islam, kerana pertambahan murid-murid Islam dan menjunamnya jumlah murid beragama katolik di sekolah tersebut.

Berdasarkan Undang-undang tempatan, Dewan Kota Blackburn perlu mencari pihak lain yang akan mengelola sekolah tersebut, jika lembaga Katolik tidak lagi mengelolanya. Peluang ini dinantikan oleh masyarakat Islam di Blackburn, UK. Masjid Tauheedul Islam di kota itu adalah salah satu-satunya pihak yang menyatakan berminat untuk mengambil alih pengelolaan Sacred Heart, meski saat itu masjid tersebut sudah pun memiliki sebuah sekolah khusus untuk anak perempuan. Ketika isu itu berlaku, dilaporkan cuma ada 11 sekolah Islam yang dibiayai pemerintah di seluruh UK. Sehingga kini, kita percaya sudah berlaku pertambahan. Masyarakat Islam masih memerlukan lebih banyak lagi sekolah-sekolah Islam, bagi menampung pertambahan dan permintaan yang tinggi dari masyarakat muslim di sana.

Sumber : توک اکي اجي

0 comments:

Post a Comment

loading...