Pony, seekor orang utan yang telah dikurung , diseksa dan dijadikan hamba seks di sebuah kampung di Indonesia. Barangkali ini kes pertama yang bertajuk “pelacuran binatang” , mungkin anda tidak terfikir perkara sebegini mampu terjadi kepada binatang bukan sahaja kepada manusia.
Pony, seekor orang utan betina berumur 6 atau 7 tahun dijadikan hamba seks di Kampung Kareng Pangi, Kalimantan Tengah, Indonesia. Apa yang lebih meyayat hati ialah, haiwan ini telah dijadikan pelacur! Pemilik Pony mengutip wang bagi sesiapa yang ingin menerima khidmat ataupun servis daripada Pony.
Pony tidak mempunyai pilihan malah ia tidak pernah dapat membuat pilihan. Sesuatu yang harus kita fikirkan , apakah haiwan tidak bersuara seperti manusia bermaksud mereka tidak berhak membuat sesuatu keputusan untuk mereka sendiri? Fikir-fikirkan.
Manusia sepatutnya lebih berakal dalam kehidupan memikirkan apa kita sudah cukup nilai kemanusiaan sehingga memperlakukan haiwan seperti ini seolah-olah pelaku sama berperangai seperti binatang! Sebagai manusia kita harus berasa malu dan jijik dengan pelaku seperti ini.
Pony telah diselamatkan oleh Penyelamat Orang Utan Borneo setelah beberapa tahun dijadikan pelacur iaitu pada tahun 2003. Lebih memilukan, Pony dijumpai dalam keadaan kepala dibotakkan , dipakaikan gincu, berbaring di atas tilam, bulu badannya telah dicukur dan menyebabkan ia digigit nyamuk dan mendapat jangkitan pada lukanya. Pony juga dijumpai dalam keadaan berantai ke dinding.
Apa yang lebih mengejutkan ketika dijumpai, Pony akan terus mengubah posisi seperti “offer herself to men” seolah olah dia telah dilatih sedemikian rupa. Kisah pony merupakan mimpi ngeri untuk tatapan bersama. Hal ini kerana, ketika dijumpai pemilik Pony enggan melepaskan Pony kerana mereka menganggap Pony merupakan tuah dan lubuk emas. Pony sememangnya memberikan keuntungan yang besar kepada mereka.
Pony telah diselamatkan dan diajar untuk kembali ke habitat dan dunia seekor orang utan. Sepanjang Pony menjadi pelacur, Pony tidak pernah tahu cara memanjat pokok dan hidup sebagai orang utan. Dikatakan bahawa Pony hanya menunggu makanan daripada juruteknik pada fasa awal dalam usaha mengembalikan Pony ke habitat lamanya. Kini Pony dapat menjalani hidup seperti biasa bersama beberapa orang utan lain di Pulau Kaja.
Artikel Asal: Haiwanku
Rujukan: /shocking-story-of-an-orangutan-who-was-used-as-a-sex-slave-and-her-rescue
Video: Sumber YouTube
0 comments:
Post a Comment