loading...

Wednesday 10 May 2017

Kisah Sedih Gadis 13 Tahun Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal.

Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis, yang menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlaku pada tarikh 13 November 1985, di Armero, Columbia.

Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero, sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31,000 orang.

Pada tarikh 13 November 1985, bandar Armero yang kecil dan tenang, digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz. Saat meletus, gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat, yang meruntuhkan ribuan bangunan di Armero, dengan muntahan lahar panas, yang mengalir ke kaki gunung, membakar habis kawasan yang ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yang berada di kaki gunung Nevado Del ruiz.

Malam saat bencana terjadi, Omayra yang tinggal bersama keluarganya, dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air. Omayra berhenti untuk menolongnya. Malang bagi gadis ini, setelah menolong neneknya, kakinya tersepit runtuhan bangunan, sehingga tidak boleh bergerak keluar.

Pasukan penyelamat yang datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih puing runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa puing runtuhan semakin menghimpit Omayra, keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yang membawa peralatan yang boleh mengangkat sisa runtuhan yang menghimpitt Omayra.

Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra, selama itu, siang dan malam, orang-orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi, dan membantunya mengatasi ketakutan.

Pada hari ketiga, masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher, Omayra mula berhalusinasi. Dia berkata bahawa dia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian dia meminta orang-orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar dia dapat berehat.

Tak lama kemudian dia meninggal akibat gangrene pada lukanya, dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari-hari.

Televisyen yang datang untuk membuat liputan gempa, juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra, ke seluruh dunia. Gambar yang anda saksikan diambil sebelum dia meninggal, dan disiarkan tidak lama setelah dia meninggal. Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya, Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya.

Loading…

0 comments:

Post a Comment

loading...