loading...

Friday, 12 May 2017

PEMANDU GEN2 OKU DI BEBASKAN DARI TUDUHAN


BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan Ng Pei Ven atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di KM 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh pada 14 Mac lalu.

 Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa memaklumkan ujian saringan air kencing tertuduh negatif. Jamaliah kemudiannya mengarahkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dikembalikan kepada Pei Ven, 19.

 Pada 17 Mac lalu, Pei Ven mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

 Bagi pertuduhan itu, Pei Ven didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.



 Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 36, mahkamah menetapkan 5 Julai hadapan bagi sebutan semula dan serahan dokumen.

 Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/281750?m=1

0 comments:

Post a Comment

loading...