Bidang pengajian pendidikan agama lazimnya akan bergelar Ustaz dan penceramah bebas ataupun pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal agama.
Bagaimanapun, menurut peserta lawak solo program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Dzawin menyifatkan pemikiran mereka sempit kerana beranggapan bekas pelajar agama tidak sesuai bekerja di dalam bidang hiburan.
“Mempunyai pendidikan agama di sekolah pondok, kemudiannya bekerja dalam bidang hiburan, kalau itu tidak dipersetujui orang ramai, jawapannya mereka berfikiran sempit,” ujarnya tegas.
Ditanya lebih lanjut kenapa tidak diteruskan saja ke bidang hal ehwal agama, jelasnya dengan jawapan tersendiri.
“Kalau semua orang di sekolah pondok jadi Ustaz, siapa yang mahu bagi ceramah kepada orang-orang yang mabuk di bar? Apakah orang-orang mabuk ini akan hadir mendengar ceramah Ustaz di masjid?
“Justeru, sekolah pondok ini bukanlah tercipta untuk melahirkan Ustaz mahupun media cetak Ustaz tetapi kami belajar agama bukan untuk menjadi Ustaz,” katanya.
Untuk info, Dzawin atau nama penuhnya Dzawin Nur Ikram, 26, merupakan seorang lulusan Universiti Islam Indonesia dan pernah bersekolah pondok dan tahfiz Quran.
Sumber : trendingmalaya
0 comments:
Post a Comment