Seorang pengguna Facebook, Andrew Ho mendakwa berlaku kesilapan semasa mereka membeli belah di sebuah pusat membeli-belah semalam. Dia dan ibunya telah dituduh mencuri.
Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup oleh polis membuktikan mereka tidak bersalah tetapi pekerja di situ bukan saja enggan memohon maaf, malah menghina ibunya.
Ikuti kisah Andrew Ho:
“9 Mei 2017, saya sedang membeli-belah dengan keluarga di Sunway Velocity. Kami pergi ke Domesky untuk membeli sesuatu kemudian kami makan malam.
Kami memutuskan kembali ke Domesky selepas itu untuk membeli satu lagi barang tetapi bila kami meninggalkan kedai, dua pekerja Domesky mula mengekori kami dan kemudian panggil polis tangkap kami.
Polis pusat beli belah itu tangkap kami depan kedai Vincci dan dua pekerja Domesky tersebut membuat kecoh mengatakan kami mencuri barang sedangkan kami tidak lakukannya.
Baiklah. Jadi polis bantuan bawa kami ke bilik kawalan dan kemudian menyoal kami sehingga tiba seorang polis sebenar.
Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat di sebelah lain di pusat beli belah itu dan untuk pengetahuan anda, ibu saya mempunyai masalah untuk berjalan.
Polis membawa dua pekerja Domesky tadi untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup.
Selepas kira-kira 20 minit polis kembali menemui kami tanpa dua orang pekerja Domesky tadi dan beritahu kami boleh pergi kerana semuanya telah diselesaikan.
Tetapi dua pekerja itu tidak meminta maaf kerana memfitnah kami, membuang masa kami dan menyebabkan ibu saya berjalan kaki walaupun dia susah untuk berjalan.
Jadi kami kembali ke Domesky untuk menuntut mereka memohon maaf tetapi pengurusnya tidak mempedulikan kami manakala pekerjanya memanggil ibu saya BODOH, dan itu sukar diterima.
Kamu buat kesilapan besar? Tak apalah.
Kamu syak kami mencuri? Pun tak apa.
Kamu memfitnah kami di hadapan orang ramai? Sekurang-kurangnya mintalah maaf.
Tetapi menghina ibu saya sedangkan kami jelas tidak membuat apa-apa kesalahan?
Polis sudah memeriksa rakaman dan badan kami tetapi tidak menemui apa-apa, dan kamu masih ada hati hina ibu saya?
Di mana rasa hormat kamu?
Kami ialah pelanggan yang membayar tapi kamu masih berani hina kami sedangkan terbukti semuanya tidak benar?”
Cerita Andrew menimbulkan kemarahan Netizen di Twitter dan Facebook yang menganggap pekerja di kedai itu biadap.
Kisah Andrew kini menjadi viral di Twitter dengan lebih 1,400 retweets dan mendapat lebih 600 perkongsian di Facebook.
Sumber: amazingnara.com
Sumber : sehinggit
0 comments:
Post a Comment