loading...

Thursday, 11 May 2017

Wanita Dari Malaysia Ini Juarai Program Masakan Gordon Ramsay Dengan Masakan Malaysia..


Sumber: Sinar Harian

Seorang rakyat Malaysia bernama Michelle Yong berjaya menjuarai salah satu episod rancangan masakan chef terkenal, Gordon Ramsay di Britain. Michelle Yong, 27 yang juga merupakan seorang penganalisis data menjuarai rancangan masakan “Culinary Genius” untuk episode ke 12.

Yong menghidangkan masakan “Udang Masam Manas” yang diwarisi dari mendiang neneknya. Yong sangat gembira apabila menerima anugerah Culinary Genius dan menyifatkan ini adalah penghargaan yang paling besar buat dirinya. Yong sudah 7 tahun menetap di London dan dia menyertai program ini kerana ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang masakan.

Masakan Yong mendapat perhatian dan pujian dari Phil Vickery yang merupakan seorang chef selebriti di Britain. Tambah Yong lagi, setiap peserta tidak mengetahui bahan-bahan yang diberikan dan mereka perlu menyediakan hidangan tersebut secara spontan dan mengikut kreativiti mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment

loading...