Planet venus merupakan salah satu planet paling hampir dengan planet bumi. Seperti bumi, venus juga memiliki gunung berapi, memetik dari laman Space Place NASA.
Planet venus sebenarnya mempunyai suhu yang panas. Selain, venus merupakan planet terpanas di sistem suria. Suhu permukaan venus dapat mencapai 471 celsius. Venus memiliki gunung, lembah, dan puluhan ribu gunung berapi. Gunung tertinggi di venus, maxwell montes, tingginya 20,000 kaki (8.8 kilometer), mirip dengan gunung tinggi di Bumi, gunung everest.
Venus memiliki atmosfera tebal penuh dengan gas rumah kaca karbon dioksida dan awan yang terbuat dari asid sulfurik. Gas tersebut memerangkap panas dan membuat planet venus panas. Disebabkan venus yang begitu panas, logam seperti timah akan menjadi cairan yang meleleh.
Venus berputar berlawanan arah dengan Bumi dan pusingannya sangat lambat. Planet ini memerlukan sekitar 243 hari di bumi untuk berputar sekali sahaja. Kerana venus sangat dekat dengan matahari, tahun berlalu dengan cepat. Venus memerlukan 225 hari di bumi untuk bergerak mengelilingi matahari.
Ini bermaksud satu hari di venus sedikit lebih lama dari satu tahun di venus. Kerana hari yang panjang dan tahun serupa, satu hari di venus tidak seperti hari di Bumi. Bila di bumi, matahari terbit dan terbenam setiap hari, di venus matahari terbit setiap 117 hari di bumi.
Ini bermaksud matahari terbit dua kali setiap tahun di venus. Oleh kerana venus berputar dengan arah yang berbeza dengan bumi, matahari terbit di barat dan terbenam di timur. Sama seperti planet Merkuri, venus tidak mempunyai bulan.
The post Planet Venus Planet Terpanas Di Sistem Suria appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment