Satu kejadian yang dianggap misteri apabila terdapat sebuah kubur telah digali telah menghebohkan penduduk setempat. Namun, segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri itu telah terbongkar habis.
Perbuatan itu telah berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan berjaya menahan seorang lelaki yang berasal dari Ciputan, Tanggerang Indonesia. Dikatakan, punca sebenar lelaki berkenaan mengali kubur itu hanya kerana ingin mengambil tali kafan ataupun jika panggilan di Indonesia adalah tali pocong.
Lelaki berkenaan juga telah mengaku akan kesalahannya kerana nekad mengali semula kubur yang merupakan milik rakan rapatnya sendiri.
Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Irpan, 34 tahun itu mempercayai amalan syirik dari kenalannya bahawa jika dia memiliki tali kafan itu, maka rezeki yang akan datang padanya tidak akan pernah putus.
Menurut sumber berita, Muhammad Irpan yang diketahui pekerjaannya adalah sebagai seorang pemandu van penumpang, manakala rakan baiknya itu yang dikenali sebagai Suhendra telah hidup mengemis selama empat bulan yang lalu dan hanya menumpang berteduh di sebuah masjid berdekatan.
Tidak lama selepas itu, mereka telah dikejutkan dengan kematian Suhendra telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 Disember 2017 dan telah dikebumikan di kawasan tanah perkuburan berdekatan masjid berkenaan.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, apabila kubur Suhendra telah digali semula selepas beberapa hari selepas kematiannya.
Pada 6 Januari lepas, Muhammad Irpan telah mengakui kesalahannya kerana mengali semula kubur rakannya itu.
Mengikut penjelasannya, dia hanya mengunakan sebatang kayu dan tangannya untuk proses mengali kubur berkenaan. Kata Irpan lagi, dia mengali kubur Suhendra tepat pada pukul 12 malam dan pengalian itu memakan masa selama tiga jam semata-mata mendapatkan apa yang dimahuinya.
Walau bagaimanapun, tali kafan tersebut sudah dibuangnya ke dalam sungai sebaik sahaja perbuatannya itu diketahui oelh orang ramai.
Menurut keterangan suspek, dia juga telah membuat keputusan untuk membuang tali kafan berkenaan kerana segala perbuatannya itu merupakan satu perbuatan yang sia-sia kerana langsung tidak mendatangkan hasil seperti yang diperkatakan.
Ujar Irpan lagi, setelah sahaja dia berjaya mendapatkan tali kafan itu dia terus membawa tali itu semasa menjalani pekerjaan. Namun malangnya dia langsung tidak dapat penumpang walau seorang sekalipun.
Oleh kerana marah dengan apa yang terjadi, dia telah membuang tali kafan itu ke dalam sungai.
Bahan bukti berkenaan telah ditemui pada hari Rabu yang lalu. Tali kafan berkenaan didapati telah dibungkus ke dalam beg plastik berwarna hitam dan ditemui di kawasan sungai Pessangrahan sejauh 750 meter dari tempat kejadian tali berkenaan telah dibuang.
Setelah didapati bersalah, Muhammad Irpan telah dijatuhkan hukuman selama setahun empat bulan akibat dari perbuatan syiriknya itu.
Janganlah kita mencari jalan pintas semata-mata untuk menjadi cepat kaya.Mempercayai perbuatan syirik ini adalah perkara yang amat dilarang dan dimurkai oleh Allah. Seharusnya kita mestilah berusaha agar ingin mendapat kesenangan. Bukan dengan mempercayai amalan-amalan syirik dan khurafat itu. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Sumber: Pen Merah Press
The post Mahu Jadi Kaya, Sanggup Gali Kubur Oarang Mati Semata-Mata Percaya Amalan Syirik appeared first on Aliff Channel.
Panduan Bermain Super Slot La Fiesta Online Ayo Gabung Disini, Penuh Dengan Kejutan Bonus Berlimpah!!!
ReplyDelete